Tular di media sosial baru-baru ini mengenai sebuah restoran Sushi di Cheras apabila perkerjanya meletakkan ikan salmon di atas tong sampah dan menyajikan tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

Gambar dan video itu telah mendapat perhatian netizen apabila seorang individu yang dikenali dengan nama Christy Yeow telah merakam insiden tersebut dan memuat naik rakaman itu ke laman Facebooknya.

Ikan Salmon Letak Atas Tong Sampah Sebelum Dihidangkan

Pada beberapa gambar yang dimuatnaik itu jelas terlihat beberapa keping ikan salmon diletakkan di atas tong sampah.

“How did you manage to get A on cleaniness? The salmon have been left on the dustbin for more than 10minutes. Right after that it was placed on the preparation table to be prepare and serve.

 

“The staffs threw rubbish into the dustbin while the salmon are placed on top. One of the staff also use utensils right after scrubbing off the leftover at the side of the dustbin without washing it,” tulisnya.

Ruangan komen di Facebook Christy juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian netizen di laman sosial yang turut terkejut dengan kebersihan restoran tersebut.

IKLAN

Perkongsiaan itu telah menerima lebih daripada 1.9 ribu likes dan lebih lima ribu perkongsian yang hairan bagaimana restoran tersebut boleh mendapat gred A untuk Sijil Penarafan Kebersihan Premis Makanan dengan keadaan kebersihan yang tidak dijaga.

Ikan Salmon Letak Atas Tong Sampah Sebelum Dihidangkan

Insiden yang berlaku di restoran Sushi terkenal di Cheras ini dikatakan meletakkan ikan salmon dia atas tong sampah lebih daripada 10 minit sebelum ianya dialihkan ke atas meja untuk disedia dan dihidangkan tanpa dicuci terlebih dahulu.

IKLAN

Lebih memeranjatkan lagi apabila pekerja-pekerja itu turut membuang sampah ketika ikan salmon tersebut masih berada di atas tong sampah berkenaan.

Bukan hanya menarik perhatian netizen, malah pihak terbabit juga ada menghubungi Christy dan memohon maaf kepadanya dan akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.

IKLAN

Ikan Salmon Letak Atas Tong Sampah Sebelum Dihidangkan

Menurut Christy , mereka juga akan menutup cawangan Mahkota Cheras dan kerja-kerja pembersihan akan dijalankan. Mereka juga akan menghantar pekerja-pekerja cawangan tersebut untuk latihan semula sebelum kembali beroperasi.

“Mentai Asia replied. The branch will be close from today until further notice with more hygiene control and staff retraining.”

Kepada anda yang penggemar Sushi, pastikan kedai atau restoran itu bersih supaya keracunan makanan dapat dielakkan, lebih-lebih lagi sushi memang dihidang secara mentah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI