Ikatan cinta yang dibina sejak 18 tahun lalu kini terlerai buat penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob apabila dia mengesahkan sudah pun bercerai dengan isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz.
Menerusi satu kenyataan rasmi, Fazley memaklumkan keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama di antara dirinya dan bekas isteri.
“Saya sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bila April ini turut memaklumkan hubungannya bersama bekas isteri masih baik dan memutuskan untuk sama-sama mendapat hak penjagaan anak.
“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” ujarnya.
Terdahulu, hasil daripada perkahwinan hampir dua dekad itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, dan seorang anak perempuan, Alayna Selma yang kini berusia 7 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Cuba Dekat, Tapi Saya Tak Layan. Di Mata Hanya Ada Dia,” – Farah Nabilah Kongsi Perasaan Sebenar Pada Bakal Suami
‘Bagai pinang di belah dua’. Itu ungkapan sesuai buat pasangan Farah Nabilah dan bakal suaminya, Mohamed Amirul Yunus.
Pasangan sama cantik sama padan ini akan mendirikan rumah tangga pada 20 Disember depan.
Meski sudah tujuh tahun menjalin hubungan cinta, namun pasangan ini memegang pada satu prinsip iaitu kesetiaan dan kejujuran dalm setiap perhubungan.
“Sepanjang tujuh tahun bercinta ini, dugaan yang menimpa kami hanya sedikit, tidaklah terlalu berat. Ia tertumpu dari segi kesetian masing-masing.
“Kami bercinta dari jarak jauh kerana saya tidak selalu ada di Malaysia. Ada masanya saya ke luar negara seperti Jeddah, Jakarta, Jerman dan beberapa tempat lagi atas tugasan berkerja.
“Jadi kami sentiasa berhubung melalui video call antara satu sama lain,” kongsi Amirul yang berkerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Jelasnya, dia sudah bersedia untuk ‘terjun’ dalam industri hiburan bersama Farah yang pastinya tidak akan lari dari gosip sebagai seorang selebriti.
“Saya faham kerjaya dia sebagai seorang artis yang tidak lari dari gosip, jadi saya sudah bersedia untuk menerima semua itu.
“Jika gosip itu melibatkan Farah, saya akan bertanya terus kepada dia. Kemudian tiada apa, kami okay sahaja.
“Terkadang, cemburu juga, tapi tiada yang serius kerana itu hanyalah gosip yang sentiasa ada bergelar selebriti,” jelas Amirul.
Sementara itu, Farah akui bahawa dia tertarik dengan sikap Amirul yang bersifat gentleman.
“Seorang lelaki dapat curi hati ibu bapa adalah perkara yang terbaik. Jadi, bagi saya Amirul sudah lakukan dengan baik kerana dia berjaya berjumpa dengan ibu bapa saya.
“Dia tidak pernah putus asa selama tujuh tahun untuk ambil hati mereka.
“Meski ramai lelaki yang cuba untuk mendekati saya, tetapi saya tidak layan kerana di mata saya hanya nampak Amirul seorang sahaja,” kongsi pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu jujur.
Terdahulu, keduanya ditemui media di Hotel Majestic, Kuala Lumpur menerusi Sidang Media Mahligai Cinta Sidang Media Bersama Farah Nabilah, pagi Rabu.
Sementara itu, Farah,27, bersama bakal suami yang berusia 28 tahun itu difahamkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi iaitu pada 28 Disember untuk sebelah pihak lelaki.
Manakala seminggu sebelum itu, majlis pihak perempuan akan dilangsungkan iaitu pada 21 Disember.
Tarikh 5 Januari 2020 pula turut dipilih bagi meraikan pasangan yang bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Amirul merisik bintang cantik itu awal tahun ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Kena Kecam, Saya Nak Bagitahu Awal-Awal…,” – Ezzaty Abdullah Perjelas Video Bawa Anak Naiki Roller Coaster
Pelakon, Ezzaty Abdullah ada berkongsi keratan video saat dia bersama puteri tersayang, Harum Dalia menaiki kid’s roller coaster.
Perkongsian isteri pelakon Azwan Kombos itu dimuat naik menerusi Instagram, malam tadi.
Menyifatkan anaknya seorang yang berani, Ezzaty pada awal mengakui agak risau untuk bawa anak nikmati kid’s roller coaster kerana itu merupakan pengalaman pertama buat puteri kesayangannya itu.
View this post on InstagramA post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on
Yes, sebelum kena kecam, saya nak bgtau awal2. Roller coaster ni sgt selamat untuk budak2.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Kata Kau Tunjal Kepala Dia, Baik Bagi Penjelasan,” – Bibik DS Aliff Syukri Perjelas Dakwaan Mendera Qayyum, Minta Maaf
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri muat naik videonya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, dua orang anak angkatnya Qayyum dan Ameena serta bibik mereka.
Tujuan utama video adalah untuk memberikan penjelasan berkaitan isu anak angkatnya didera bibik setelah viral baru-baru ini.
“Puas hati makcik bawang semua #biarapaorgkata sy tahu mana yg terbaik?? Plzz laa Jgn nak kontrol kehidupan saya dan cari salah 24jam saya juga manusia biasa.
“Ni ha korang ternanti2 kan saya buat penjelasan isu bibik saya yg viral ni,x cukup saya,bibik saya pun kena ..niat saya nak jaga anak2 tu dr tak terjaga sekrg kami sekeluarga naik pening dan rasa kena dera mantel.. bukan dpt pahala jaga anak2 ni dpt dosa.
“Saya pun x menangkan dia tapi saya dah lama kerja dgn dia hampir 6tahun.. mmg dia reaksi nya begitu dan style mulut dia memang mcm tu,mulut dia mmg bising mcm nenek2,tapi dia dia yg jaga ameena dulu.
“Tgh2 isteri saya pregnant mabuk dia juga yg jaga qayyum malam2 masa mata yom berair 4bulan sampai saya ingat nak buta yg mana pada waktu tu qayyum selalu nangis tanpa henti.
“Bila Yusoff lahir ni bibik ni mmg jaga yusoff je…..qayyum dan ameena bibik lain jaga………..mcm mana lah korang boleh kata bibik ni dera qayyum sedangkan sekarang ni yg bg makan,yg mandi semua bibik lain.
“Kebetulan waktu video tu dirakam mmg dia palingkan muka qayyum ke depan sbb datin @rebeccanuralislamahmad nak buat video dan wife saya sebelah dia.
“Takkanlah dia nak tunjal dalam keadaan dia tahu video sedang dirakam dan dikhalayak ramai……tapi orang boleh cakap apa2…bg saya maid2 saya ni jasa besar waktu saya kerja dorang yg jaga anak2 saya.
“Siap nak report JKM la PDRM la,aiyoo…..sila la report…..boleh pergi sekali klinik2 doktor yg saya pergi tanya dgn dr sendiri yg rawat Qayyum dari kecik perkembangan dia yg doctor sahkan memang dia agak slow dr kanak2 yg lain.
“Jgn sebarang tuduh….ameena tu elok sihat x nak pula puji kata bibik pandai jaga….kesimpulannya saya malas ambik pusin apa orang kata..
“Selagi saya x dera,x buat salah,saya x perlu nak bergaduh bagai nak tegakkan saya betul,cukup Allah je yg tahu……. (utk makcik dan pakcik bawang yg baik alang korang baik sgt nanti boleh lah bayar duit susu,pampas, bibik klinik smua dlm rm4-5k sebulan yee PM sy yee nanti sy kasi no akaun),” tulisnya di kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Sebelum ini, ada seorang inidividu mendakwa bahawa Qayyum dipercayai didera serta memberikan bukti di laman Instagramnya.
Susulan itu, Shahida segera membalas komen tersebut namun ia telah disalahertikan oleh individu tersebut.
Moga-moga dengan penjelasan ini, netizen tidak lagi salah faham ya. Lagipun, kita sendiri tidak tahu cerita sebenar, maka tidak eloklah menuduh tanpa usul periksa kan?
Foto/Instagram: Datuk Seri Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI