Hiburan

Ikatan 18 Tahun Terlerai, Fazley Yaakob Sah Bercerai Dengan Isteri

Share

Ikatan cinta yang dibina sejak 18 tahun lalu kini terlerai buat penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob apabila dia mengesahkan sudah pun bercerai dengan isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Fazley memaklumkan keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama di antara dirinya dan bekas isteri.

“Saya sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bila April ini turut memaklumkan hubungannya bersama bekas isteri masih baik dan memutuskan untuk sama-sama mendapat hak penjagaan anak.

“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, hasil daripada perkahwinan hampir dua dekad itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, dan seorang anak perempuan, Alayna Selma yang kini berusia 7 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
Aizam Manaf