Pelakon dan pengacara, Norman Hakim mengakui berasa sangat gembira kerana sempat untuk khatam dan menghabiskan bacaan Al-Quran buat pertama kali pada tahun ini.
Menurut Norman, jika sebelum ini dia berpeluang untuk khatam sebanyak dua kali namun ianya sedikit berbeza pada tahun ini kerana selain membaca dia juga memperuntukkan sedikit masa untuk membaca tafsirannya.
“Assalamualaikum semua, saya saja nak kongsi berita gembira secara peribadi untuk diri saya dimana saya telah khatam Al-Quran buat kali pertama pada tahun ini. Walaupun terlambat sehari daripada jangkaan saya sebelum ini.
“Tahun lepas saya khatam dua kali sebab saya baca empat muka surat setiap hari. Dalam mas lima bulan saya dapat khatam buat kali yang pertama. Bila kali dengan dua ia akan jadi 10 bulan.
“Cuma pada tahun ini saya khatam buat kali yang pertama sebab saya hanya target dua muka surat sahaja dalam satu hari sebab selain daripada membaca saya juga memperuntukan masa untuk bertabbur. Dua muka surat saya baca dua muka surat lagi saya baca tafsiran.
Jelas pengacara program Mingguan Wanita itu lagi, tujuan dia berkongsikan perkara tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau berasa riak sebaliknya dia mahu orang ramai dapat membudayakan amalan membaca Al-Quran ini.
“Sesetengah orang mungkin merasakan perkongsian ini macam ‘takkan benda tu pun nak share’. Selama ni pun saya banyak share pasal kehidupan peribadi. Sekali sekala kita selitkan juga pengisian rohani. Pada saya ianya sangat penting.
“Perkongsian ikhlas dari Aku Seorang Pendosa.Yang baik hanya dariNya,” kongsinya.
Entri tersebut dikongsikan oleh Norman menerusi sebuah video yang yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Norman turut menitipkan ucapan penghargaan buat anak lelakinya yang sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk dia terus mendalami ilmu Al-Quran
“Terima kasih anakku Al-Hafiz @danishhakimofficial @d_ngajiofficial kerana sentiasa menjadi inspirasi kepada papa untuk terus istiqomah dalam bertaddarus & bertaddabur dalam pada kita sibuk nak men’sado’kan badan.
“Allah s.w.t sahaja yang dapat balas budi baik Abang Danish ku cayang. Doakan papa & sahabat-sahabat papa kat sini untuk terus istiqomah ye cayang,” akhirnya.
Sumber: Instagram Norman Hakim