Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA semalam telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap segala pertuduhan yang membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan anaknya Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Diva AA mengadakan satu sidang media tergempar di Marriot Hotel, Putrajaya bagi memberi penjelasan mengenai isu hangat tersebut.

Lalu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah memberikan reaksi selepas Diva AA membuat permohonan maaf terhadap dirinya di akaun Facebook miliknya.

Ads

“Tulah bajet pakai 5 lawyer, tak perlulah nak pakai 5 lawyer cap ayam. Kau kata lawyer aku pondan lah apa semua apa hal? Apa jadah? Lawyer aku kau kata pondan kau sekolah tak?

“Nak maaf kau ingat senang? Nak maaf tu buatlah dengan adab sopan sikit. Tak perlu nak cium tangan ke, nak cium mulut ke tapi ni menganjing!

Ads

“Saya tengok perangai dan gelagat dia berjam-jam buat ‘Press Confrence’ (PC). Kalau tak ada isu ini dimana kau? Kalau saya ada cili memang saya cilikan dia lah,” katanya.

Ads

Ikhlas kerrr mintakk maaaaafff !!!!!!!!www.wasap.my/601116306256

Posted by Sayang-Sayang DSV on Tuesday, 11 February 2020

Terdahulu, Vida turut mengadakan satu sidang media di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur bagi menuntut Azwan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam terhadap penghinaan terhadap oleh Diva AA kepada DSV sekeluarga,  Isnin lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI