Bagi setiap insan yang pernah merasai kehilangan insan tersayang, pasti akan merasai perasaan sama dialami oleh penyanyi dan pelakon, Adibah Noor.
Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar ada menulis satu twit di akaun Twitter miliknya.
Menerusi twit tersebut, Adibah telah meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibu, Hajah Norlia Abd. Majid.
Kongsi pelakon yang berusia 48 tahun itu, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah ibunya yang ke 84 tahun.
“emak would have been 84 today. mohon sedekahkan al fatihah kalau sudi… kepada hjh norlia bt. abd. majid 24.06.1935 – 04.03.2019 terima kasih, moga Allah membalas jasa baik puan2 dan tuan2,” tulisnya.
Malah perkongsian sama turut dititipkan di Instagram.
Di samping itu, peminat turut mendoakan agar roh arwah ibu Adibah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Untuk rekod, arwah ibu Adibah telah dilahirkan pada 24 Jun 1935 dan telah kembali ke rahmatullah 4 Mac lalu.
Foto : Twitter Adibah Noor