Demi menyokong usaha murni untuk membantu golongan seni yang memerlukan, Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka.

Antara perancangan yang dibuat termasuk menyediakan sumbangan untuk mengisi tabung khas bagi membantu insan-insan seni yang berhadapan kesempitan hidup atau menghidapi penyakit.

Tabung khas tersebut juga akan dibuka kepada pengunjung Saloma Kuala Lumpur agar mereka juga berpeluang untuk turut serta menghulurkan derma.

Presiden Kumpulan Saloma Kuala Lumpur, Datin Rosmariza Dato Che Umar berkata, bagi merealisasikan inisiatif tersebut, pihak beliau akan bekerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) bagi tujuan berkenaan.

“Restoran Saloma Kuala Lumpur akan menyemarakkan semangat setia kawan yang menjadi pegangan artis-artis lama seperti Puan Sri Saloma dan Tan Sri P. Ramlee sendiri.

Ads

“Inisiatif ini juga merupakan penghormatan kami kepada legenda seni dan budaya negara dan diharapkan nama-nama besar ini akan terus hidup melalui usaha menyantuni mereka yang masih ada bersama kita,” katanya.

Ikhtiar Bantu Orang Seni Yang Kesempitan Hidup, Diuji Penyakit Ikhtiar Bantu Orang Seni Yang Kesempitan Hidup, Diuji Penyakit Ikhtiar Bantu Orang Seni Yang Kesempitan Hidup, Diuji Penyakit Ikhtiar Bantu Orang Seni Yang Kesempitan Hidup, Diuji Penyakit Ikhtiar Bantu Orang Seni Yang Kesempitan Hidup, Diuji Penyakit Ikhtiar Bantu Orang Seni Yang Kesempitan Hidup, Diuji Penyakit

Terdahulu, majlis doa Selamat ‘Malam Naungan Rahmat, Limpahan Berkat’ turut dianjurkan di Saloma Kuala Lumpur, baru-baru ini untuk memohon rahmat dan keberkatan.

Ads

Malah ia menjadi platform dalam membantu artis veteran yang telah banyak berjasa kepada industri seni tanah air seperti Zaiton Sameon, Isma Aliff, Sofia Ibrahim, Mak Jah, Shuib Freedom serta golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim dan pelajar tahfiz.

Terletak di tengah-tengah ibu negara, Saloma Kuala Lumpur menampilkan gabungan seni kulinari dan budaya warisan Melayu yang turut diinspirasikan oleh keunggulan seni Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Ads

Ia direka dengan elemen seni bina klasik Melayu, lengkap dengan dekorasi yang memaparkan era kegemilangan dua legenda seni negara tersebut.

Muzik latar di restoran ini turut menampilkan barisan lagu ikonik mereka, mencipta suasana nostalgia sambil para pelanggan menikmati pelbagai menu istimewa yang menggabungkan resipi Melayu tradisional dengan sentuhan moden.

Bakal beroperasi selama 24 jam, Saloma Kuala Lumpur juga dilengkapi dengan ruang jamuan eksklusif untuk majlis peribadi, kemudahan parkir yang luas serta pentas mini yang sesuai untuk persembahan nyanyian secara langsung.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI