Terkenal dengan strategi menampilkan artis popular di dalam mempromosikan produk makanan dipasarkan, jenama Pak Mat Western (PMW) Cafe terus disifatkan sudah berada di tahap ‘another level’.
Selepas menampilkan Rina Nose di samping Adik Haziq, terbaharu gabungan Yayan Ruhian dan Beto Kusyairy pula ditampilkan jenama ini.
Yayan yang juga pelakon bertaraf Hollywood kelahiran Indonesia digandingkan buat kali pertama dengan Beto sekali gus mengembalikan memori kolaborasi mereka dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan terbaharu mereka turut berlakon dalam filem The Original Gangster.
Gandingan mereka juga serentak dengan pelancaran pembungkusan semula produk kambing perap PMW dipanggil Pek Murahdani berharga RM37.90 dengan berat 550 gram diperkenalkan sejak bulan lalu.
Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata kemunculan Yayan dan Beto itu sebagai meneruskan tradisi kemuafakatan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun.
“Persetujuan dicapai oleh kedua- dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.
“Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.
Ads
“Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Beliau sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.
“Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu,” kata Nurina Izz.
Jelasnya lagi, menyatukan dua nama besar itu juga menjadi kebanggaan jenama tersebut.
Sebelum ini jenama sama kerap menampilkan artis dan personaliti termasuk Lisa Surihani, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, Bell Ngasri dan ramai lagi.
Ads
Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan enam petang tadi di YouTube, Facebook, Instagram dan akaun media sosial rasmi PMW.
Tak ketinggalan Yayan dan Beto turut memuat naik video iklan sama di platform media sosial masing-masing.
Menerusi video aksi dan komedi dimuat naik itu, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.
“Jalan ceritanya menarik kerana Beto yang melakonkan watak jahat dan ‘langsi’ terpaksa memenuhi permintaan isterinya yang mengidam kambing perap.
“Bagaimanapun, usaha mendapatkan kambing perap itu tidak mudah kerana Beto harus mendapatkannya daripada Yayan. Pelbagai cabaran dan rintangan harus ditempuhi Beto,” kata Nurina Izz.
Yayan di dalam video itu digambarkan sanggup menjaga dan melakukan apa saja demi mempertahankan kambing perap disayangi.
Namun, hati Yayan tiba-tiba lembut dan sanggup berkongsi kambing perap itu dengan Beto dan isterinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengembalikan nostalgia, penyanyi era 90-an, Krisya akui teruja selepas membuat kemunculan semula di pentas Gempak Most Wanted Awards 2024 (GWMA) menyampaikan lagu tema Kluang Man bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG), semalam.
Menurut Krisya atau nama sebenarnya, Krisya Nursabrina Roslan, pihak Astro sebenarnya sudah lama mencuba untuk menghubungi untuk bekerjasama dalam projek filem Keluang Man ini.
“Sebenarnya Astro memang sudah mencari saya berbulan-bulan. Walaupun sudah lama tidak menyanyi, saya merasakan itu satu rezeki.
“Pihak Astro memaklumkan, mereka mahu mengekalkan penyanyi asal untuk lagu Keluang Man yang diberikan nafas baharu ini.
“Disebabkan ini juga, saya bersetuju untuk bekerjasama dengan Astro. Terima kasih Astro kerana masih mempercayakan saya,” katanya kepada MH.
Krisya berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan di GMWA2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Beza Pentas Dahulu & Sekarang
Pada masa sama, Krisya akui terdapat banyak perbezaan di dalam acara anugerah selepas lebih dua dekat meninggalkan kerjaya seni.
“Banyak perbezaan pentas dahulu dan sekarang. Ada banyak perkara yang baru pertama kali saya cuba malam ini (semalam). Sudah lebih 20 tahun saya menghilang.
“Jadi, banyak perkara baharu yang lebih hebat sekarang,” ujarnya lagi.
Berpindah Ke Bosnia
Ditanya ke mana dia menghilang selama 20 tahun ini, penyayi lagu Julanglah ini memaklumkan dia dan keluarga sudah berpindah ke Bosnia.
“Saya sebenarnya sudah lama bersara dalam bidang nyanyian. Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan sudah hampir tujuh tahan berpindah ke Bosnia.
“Saya sekeluarga memang sudah merancang untuk kembali pulang ke Malaysia. Jadi, segalanya seperti sudah diatur dengan baik. Balik sahaja ke sini, saya dapat tawaran daripada Astro,” katanya lagi.
Menjadi antara penyanyi yang disebut-sebut untuk menyertai program Gegar Vaganza musim ke-12, Krisya memaklumkan dia harus berfikir panjang sebelum membuat keputusan.
“Kita kena tengok dahulu bagaimana keadaannya nanti. GV ini memerlukan banyak persediaan. Kita ambil langkah satu per satu dahulu.
“Ketika di Bosnia, saya ada mengikuti juga program GV tapi tidak terlalu fokus. Saya pula sibuk dengan kehidupan di sana.
“Namun, bila orang berjumpa dengan saya, mereka juga ada bertanya tak nak masuk GV ke? Jadi, saya tahu serba sedikit bagaimana program ini berjalan,” akhirinya.
Sekadar informasi, filem Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan isterinya, Dr. Azura telah memutuskan untuk berhenti daripada pekerjaannya sebagai seorang doktor kerana dikatakan tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
Menurut Dr. Say, isterinya dikatakan bertambah stress selepas mendapati anak tunggal mereka iaitu Aezril atau panggilan manjanya Ace masih lagi mempunyai masalah lambat bercakap.
“Topik: Bini Nekad Berhenti Kerja. Sekuat mana seorang manusia tu pasti akan ada breaking point-nya juga & bini sy just reached her limit. Juggle between kerja full time, sambung masters full time, menerima berita yg Ace delayed in communication semestinya tak mudah.
“Dia salahkan dirinya sebab tak luangkan lebih masa dengan Ace. Dia stress sebab dah masuk system CNS (Central Nervous System) yang memerlukan lebih pembacaan & penghafalan tapi pada masa yg sama dia risau mengenai pendapatan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Tanya Doktor itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Jelasnya lagi, sebagai suami, dia harus melakukan apa yang termampu demi memastikan moral isterinya sentiasa berada dalam tahap yang terbaik.
“Saya tahu something needs to be done. Kalau tulang belakang saya bini) not in a good condition macam mana saya nak berada dalam keadaan yg baik jugak kan?
“Maka saya senyap-senyap mesej HR tempat bini bekerja saying “as much as klinik Ibnu Sina memerlukan Dr Azura, sy minta maaf sesangat tapi sy rasa berhenti is the best option untuk dia”.
“Tak dinafikan despite juggling all that bini saya cukup tiptop bekerja. Tanyalah mana-mana pesakit yang pernah datang klinik Ibnu Sina, pasti mereka suka Dr Azura. Semestinya klinik tu bakal sedih kehilangan bini saya tapi it needs to be done,” jelasnya.
Mengakui ia merupakan antara keputusan yang sukar, Dr. Say mendedahkan dia tidak mahu lagi melihat air mata isterinya terus mengalir gara-gara permasalahan tersebut.
“One thing yang saya cukup amazed dengan bini saya, tak kisah penat mana pun dia, senyuman & layanan mesra kepada pesakit tetap diutamakan. Akan tetapi kesihatan diri dia harus diutamakan.
“Mungkin ada yg tak setuju berhenti kerja time-time COVID ni tapi saya ok sebab ni bagi saya lebih semangat untuk earn for my family. As long as saya jarang nampak air mata mengalir dari bini saya, saya cukup gembira. Duit boleh cari tapi kesihatan mental & ketenangan hati tak mudah diganti.
“Disember akan jadi bulan terakhir bini bekerja, start 2021 masa tuk focus on Ace, study & suami yeahhh!,” akhirnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Dr. Say dan juga isteri.
Sumber: Instagram Dr. Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara senior, Aznil Haji Nawawi sebentar tadi ada melakukan sesi live di akaun Instagram miliknya.
Sesi live itu antara lain turut memberi komen mengenai isu penarikan gelaran Dewi Remaja 18/19, Haneesya Hanee.
Ketika Pak Nil bersiaran langsung, Pak Nil memberikan pendapatnya mengenai isu ini.
“Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan? Siapa yang tak pernah buat silap?
“Bagus untuk kita mengaku kesilapan kita. Hanee telah mengaku kesilapan dia dan kita tak sedar pada masa yang sama kita telah melakukan satu kesilapan iaitu menghukum kesalahan orang lain. Menghukum orang lain juga merupakan satu kesalahan ya,” katanya.
Dalam daripada itu, Pak Nil juga menasihati Haneesya untuk terus bangkit dan memperbaiki kesilapan yang lalu.
“Hanee, Awak masih terlalu muda kesilapan pasti berlaku cuma bagaimana kita bangun dan membetulkan kesilapan lalu adalah langkah seterusnya”
“Allah uji Hanee bukan pengajaran buat awak sorang, buat orang lain jugak belajar dari silap itu”
“Awak membesar tanpa ayah di sisi, mungkin tiada figura ayah utk menegur tetapi pengalaman adalah bapa kepada pengajaran, Learn n Move On” – katanya pula menerusi Instastory.
Pak Nil juga menasihat kepada netizen untuk bersikap rasional dan tidak bertindak menghukum kepada Hanee atau sesiapa pun.
Untuk rekod, Pak Nil adalah salah seorang juri jemputan untuk Finalis Dewi Remaja 2018/2019.
Foto : Instagram Pak Nil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya membuat ramai peminat tersenyum manis apabila dia berkongsi berita gembira perkembangan hubungan cintanya pada hari raya kedua.Dalam satu hantaran...