Ikon fesyen terkenal, Karl Lagerfeld meninggal dunia pada usia 85 tahun di Paris.
Pereka fesyen yang berasal dari German ini merupakan pengarah kreatif untuk Chanel dan Fendi.
Figura ternama ini mengabdikan hidup dalam membina empayar dan jenama sendiri. Dia juga pernah berkolaborasi bersama H&M.
Difahamkan, pereka ini telah jatuh sakit beberapa minggu sebelum ini dan beberapa kali tidak hadir untuk pertunjukan fesyen.
Karl Otto Lagerfeldt dilahirkan pada 1933 pada zaman sebelum perang. Berhijrah ke Paris sewaktu remaja dan menjadi pembantu pereka untuk Pierre Balmain sebelum berkhidmat di Fendi dan Chloe pada 1960.
Foto – Instagram