Bagi anda yang menggemari filem dan lagu Bollywood pasti kenal dengan suara merdu mendiang Lata Mangeshkar. Wanita yang telah menyanyikan lebih 30’000 lagu sepanjang kariernya ini telah disahkan meninggal dunia hari ini.

Januari lalu beliau dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat jangkitan Covid-19. Doktor yang merawatnya mengesahkan yang kematian mendiang disebabkan kegagalan beberapa fungsi organ.

Ikon Muzik India, Lata Mangeshkar Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

Kerajaan India telah mengumumkan tempoh dua hari berkabung mulai Ahad, bendera kebangsaan negara itu juga akan dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Penyanyi kesayangan ramai ini akan diberikan pengebumian negeri yang mana ia diberikan kepada individu yang banyak berjasa kepada negara. Namun begitu tarikh dan tempat persemadian belum diumumkan lagi.

Ads

Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam satu hantaran di laman Twitternya berkata, “Saya berasa sedih tidak terkata. Lata Didi yang baik hati dan penyayang telah meninggalkan kita semua. Dia meninggalkan kekosongan dalam negara kita yang tidak dapat diisi. Generasi akan datang akan mengingatinya sebagai seorang yang berpegang teguh kepada budaya India, dan suaranya yang merdu mempunyai keupayaan yang tiada tandingannya untuk memukau orang ramai.”

BACA JUGA: Penyanyi Ikonik India, Lata Mangeshkar Dimasukkan Ke ICU Kerana Jangkitan Covid-19

Ads
Ikon Muzik India, Lata Mangeshkar Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun
Lata bersama adiknya, Asha Bhosle yang juga seorang penyanyi. Sumber gambar: AFP/Getty Images via The Guardian

Mendiang Lata Mangeshkar dilahirkan di bandar Indore, di negeri tengah India, Madhya Pradesh, pada 28 September 1929. Dia mula belajar muzik pada usia lima tahun daripada bapanya, Deenanath Mangeshkar, yang aktif dalam bidang teater. Selepas kematian bapanya, keluarga itu berpindah ke Mumbai (kini dikenai sebagai Bombay), di mana beliau mula menyanyi untuk filem-filem dialek Marathi.

Sebagai menghargai jasanya yang tiada tara dalam dunia muzik, beliau menerima penghormatan tertinggi negara India untuk orang awam, Bharat Ratna, pada tahun 2001. Popular digelar sebagai ‘Nightingale of India’ kerana suara merdunya, mendiang memiliki adik beradik yang turut bergelar penyanyi. Seorang daripadanya ialah Asha Bhosle yang berjaya mengecap populariti seiring dengannya.

Ads

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: BBC

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI