Memetik laporan Harian Metro, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan polis dan tentera negara itu untuk melepaskan tembakan jika ada individu yang ingkar akan perintah berkurung yang dilaksanakan.

Difahamkan amaran itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda ketika ini.

“Biar ini jadi amaran kepada semua. Ikuti arahan pihak berkuasa sebab penting untuk kita ikut arahan,” katanya.

“Jangan ganggu pekerja kesihatan, doktor…kerana itu adalah jenayah serius.

Ads

“Arahan saya kepada polis dan tentera, jika ada yang cuba buat onar dan keselamatan mereka tergugat… tembak mati mereka.

“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah,” katanya dalam ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Tagalog.

Filipina setakat ini telah merekodkan 2,311 kes Covid-19 dengan lebih 90 kematian.

Ads

Terdahulu memetik Berita Harian, Al Jazeera melaporkan Duterte menyatakan sedemikian dalam mesej yang disiarkan di stesen televisyen negara berkenaan, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas media melaporkan beberapa kes kekacauan dan tangkapan semalam di kawasan penempatan masyarakat miskin di Manila yang tidak berpuas hati dengan bantuan makanan yang disalurkan oleh kerajaan.

Ads

Selain itu, kenyataan Duterte itu dibuat bagi melindungi petugas hospital yang didakwa berdepan penderaan fizikal dan diskriminasi ketika menjalankan tugas.

Sebelum ini, kerajaan Filipina mengarahkan penduduknya berada di rumah dan ibu negara Manila pula dikenakan sekatan pergerakan masuk dan keluar bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber : Harian Metro, Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI