Penyanyi dan pelakon, Ani Maiyuni mengakui dirinya pernah terdetik untuk berhenti daripada meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian khasnya, lebih-lebih lagi selepas pemergian bapa tercinta, Osman Naiyuni @ Maiyuni lebih 10 tahun lalu.
Menurut Ani, bapanya merupakan antara individu penting yang selama ini menjadi tulang belakang buat dirinya sepanjang pembabitan di dalam dunia seni.
Katanya lagi, selepas pemergian bapa, dia seolah-olah hilang semangat, terutamanya ketika membuat persembahan di atas pentas.
“Setiap kali membuat persembahan, pasti saya akan tercari-cari bayangannya. Sebab dia merupakan semangat saya. Saya menjadi penyanyi sehingga ke tahap ini pun adalah disebabkan dia.
“Saya bukan seorang yang kuat seperti yang anda nampak tetapi kekuatan itu hadir kerana dia. Kalau diikutkan perasaan, rasanya dah lama saya jatuh. Tetapi arwah selalu berpesan ‘hang adalah bapak dan bapak adalah hang’.
“Saya sebenarnya tak suka untuk bercerita mengenai soal ini. Rasa nak berhenti menyanyi tu memang dah ada tetapi suami selalu bagi semangat untuk sentiasa ingat pesan arwah bapak,” katanya kepada MH.
Ani yang dilihat tidak dapat menahan sebak berkata sedemikian di konsert minggu kedua, Gegar Vaganza 8 (GV8), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.
Ads
Dalam pada itu, Ani turut menyifatkan semangatnya kini untuk beraksi di atas pentas turut dirasakan agak berbeza berbanding ketika arwah bapanya masih lagi ada di sisi.
“Dia merupakan orang yang membawa saya ke sana dan ke sini. Dia bawa saya ketika saya masuk Bintang HMI dan Asia Bagus. Daripada album kumpulan sampailah solo dia ada bersama saya.
“Di atas pentas orang nampak saya ceria, tetapi dalam hati sebenarnya tidak. Saya tercari-cari bayangan dia. Kalau saya berada di atas pentas dan nampak dia ada di bawah, keyakinan saya memang berbeza.
“Saya tahu arwah bapa memang dah lama tiada tetapi jiwa dia sentiasa ada dekat dengan saya,” jelanya lagi.
Ditanya sejauh mana tekanan yang diterima sepanjang menyertai GV8, ini reaksi yang diberikan;
“Memang terasa sangat tekanannya. Kalau dulu saya masuk pertandingan apa sekali pun, jika dia ada bersama, apa jua tentangan pasti saya boleh tempuhi. Dia yang selalu pilihkan lagu, baju dan uruskan semuanya.
“Bila bertanding di pentas sebesar ini, saya mencari-cari semangat yang selalu ada itu. Saya agak ‘lost’ sebenarnya sejak daripada minggu pertama lagi.
Ads
“Walaupun suami selalu bagi semangat tapi perasaannya tak sama. Saya ni seorang yang sangat over confident satu ketika dahulu tapi sekarang saya jadi takut nak mencuba. Pergerakan tu macam tersekat. Itulah yang saya rasai ketika ini,” akhirnya.
Semalam, Ani membawakan lagu, Selangit yang dipopularkan oleh penyanyi Mas Idayu dan minggu hadapan pula, Ani diberikan cabaran untuk menyanyikan lagu Naluri (Hadirlah Kekasih) nyanyian asal Datuk Nora Ariffin.
Semalam, pihak juri telah pun bersepakat untuk tidak mengadakan sebarang penyingkiran.
Konsert mingguan GV8 akan mula berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 21 November 2021 ini dan disiarkan di saluran Astro Ria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=qf_FUv43VOI
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Restoran milik suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi hampir musnah dijilat api kira-kira jam 10.00 malam tadi.
Dalam insiden berkenaan, kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran pada salah satu tong gas yang digunakan untuk masakan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan, kecuali seorang kaki tangan kafe dikatakan mengalami melecur di bahagian tapak tangan.
“Saya terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat api mulai keluar dari salah satu sudut dapur. Namun tindakan pantas suami berjaya memadam kebakaran meski ada letupan kecil berlaku sebelum itu.
“Alhamdulillah, tiada kecederaan serius yang dialami kaki tangan. Malah, reaksi pantas pelanggan juga berjaya membuatkan keadaan terkawal,” katanya yang masih belum boleh memberi anggaran nilai kerugian yang alami.
Sementara itu, Fizul ketika ditemui MH reda atas segala yang berlaku.
“Semuanya berlaku dengan sangat pantas dan syukur, semuanya dapat dikawal. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius berlaku. Cuma saya dan isteri masih terkejut.
“Apa pun, saya reda dan pasti ada hikmah di atas apa yang terjadi,” katanya kepada MH.
Untuk rekod, restoran berkenaan yang terletak di seksyen 7, Shah Alam itu baru hampir setahun beroperasi.
Nadya turut berkongsi beberapa foto sejurus kebakaran di Instagram.
Pelakon Abby Abadi telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 10.43 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Berita gembira itu disahkan suaminya, Faizal Zakaria menerusi Instagram.
“Alhamdulilah lady boss kte selamat bersalin. @withrepost • @jaiezzany Alhamdullilah Allah permudahkan segala2nya, 1043 pagi…Baby Boy.
“My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil…BP pun dh turun. Doakan yang terbaik untuk Baby….sekarang berada dalam NICU. Mohon doa sahabat2 semua untuk Abby & Baby ya,” tulisnya.
Difahamkan, Abby melahirkan bayinya itu pada usia kandungannya berusia enam bulan. Bintang Gerak Khas terpaksa melahirkan bayinya menerusi proses pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi meningkat.
Terdahulu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan sekitar tahun 2017 lalu.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan pasangan tersebut turut mengambil dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Beberapa hari lalu, Kamal Adli ada berkongsi beberapa keping foto lamanya menerusi media sosial. Sekadar mengimbas memori, namun perkongsian yang dibuat Hero Remaja itu nyata mengundang hibur dan nostalgia para peminat.
Difahamkan, dua foto lama yang dimuat naiknya itu adalah antara penggambaran fotografi terawal buat bintang Selepas Terlafaznya Akad itu yang pernah berjinak-jinak dalam dunia peragaan sebelum fokus berlakon sejurus menjuarai Hero Remaja.
“Eyh sucinyaaaaa!!! tahun 2007 ni.. ahahahah… alhamdulillah smpi sekarang masih suci 😁 time ni mula2 buat fotoshoot.. pakai makeup tebal.. now x pakai makeup terus.. heheheh.. sbb nk jadi macho.. org macho x pki makeup,” tulisnya.
“Okay nah satu lagi.. time ni baru2 masuk majalah @majalahremaja .. bru2 belajar posing.. tu yg terkangkang tu.. belt tu nk pegi mana tu? rantai tu takut kencing malam.. ahahah,” kata Kamal menerusi foto lama lain yang dimuat naik.
Lalu menerusi ruangan komen di Facebook, rata-rata peminat meninggalkan komen humor yang menghiburkan!
Selain Kamal Ali yang bergelar juara, Pencarian Hero Remaja 2007/08 lalu turut menempatkan Fizo Omar sebagai pemenang tempat kedua.
Sementara antara finalis lain edisi sama yang turut terjun dalam dunia seni ialah Ammar Alfian, Idris Khan, Jaslin Puasa dan ramai lagi.
Foto: Facebook Kamal Adli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!