Sama seperti kebanyakan umat Islam lainnya, penyanyi Datin Alyah juga cukup teruja menyambut kedatangan bulan Syawal tahun ini apabila sudah dibenarkan untuk ziarah-menziarahi.
Sejak berkahwin dengan maestro muzik, Datuk Ramli MS pada tahun 2013, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 41, lebih selesa mengikut gaya bersederhana suaminya dalam meraikan hari lebaran.
“Ikutkan hati memang mahu sambutan raya kali ini lebih meriah tapi Tok Ram (Ramli MS) orangnya biasa-biasa sahaja.Dia sangat sederhana.
“Kalau ikutkan Tok Ram, dia berkain pelikat sahaja di pagi raya.
“Kalau dahulu, ketika masih bujang pastinya trend membeli baju baru setiap kali Syawal menjelma jadi ikutan.
Ads
”Tetapi bila dah bersuami, saya harus ikut rentak dan cara Tok Ram,” katanya kepada Media Hiburan.
Bercerita mengenai berapa helaian busana raya yang akan digayakannya sepanjang Syawal, penyanyi lagu Kisah Hati ini berkata, banyak koleksi baju raya yang masih belum sempat dipakainya.
“Sebenarnya banyak baju kami yang masih tidak sempat untuk dipakai.Maklumlah, sebelum ini kita beraya saat negara sedang pandemik.Jadi baju raya pun pakai untuk hari raya pertama dan kedua sahaja.
“Tapi kadang-kala ada juga niat untuk membeli baju baharu.Jika ada masa dan peluang, saya membeli secara dalam talian tanpa pengetahun Tok Ram,” kata Alyah berseloroh.
Ads
Alyah juga turut mengisi masa dengan bercuti dalam negara bersama keluarga tersayang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/l9mQ6_UWfrw
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rebecca Nur Al Islam beberapa jam lalu ada berkongsi status terkini memohon doa buat sahabatnya yang menjalani pembedahan tumor di kepala, hari ini.
Tulisnya, dia memohon agar Allah permudahkan prosedur dan menarik kesakitan kawan baik sejak zaman persekolahan, Farzita Rohaizad.
“Assalammualaikum, tolong Doa Kan Sahabat Saya,Pagi ni #Rabu #24042019 Sahabat Saya Menjalani Pembedahan Di Kepala,Kerana mengahadapi Tumor Di Kepala…. @farzitatitin My Dok,My Titin.
“InsyaAllah Semoga Allah SWT Mempermudahkan Perjalanan Pembedahan Pagi ni,Dan Menarik Semua Kesakitan Sahabat Saya, Ameen AllahHuma Ameen. #mrsazam #mychildhoodfriend.”
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Ameer Sofarz yang kini telah pun bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka pada tangga 27 Oktober lalu.
Setelah sembilan hari dilahirkan, hari ini Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddiin berkongsi foto terkini yang memaparkan wajah puterinya itu.
Malah, dia dan isteri turut telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Liana Eldora Delisha.
“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, saya baby Liana Eldora Delisha. Harini hari ke – 9 saya dilahirkan.
“Doakan saya menjadi anak yang solehah dan sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t serta sentiasa dirahmati dunia akhirat. Amin,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Ameer menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji wajah comel anaknya itu.
Terdahulu, Ameer telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.
Sumber: Instagram Ameer Sofarz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kini dikejutkan dengan dakwaan yang mengaitkan pelakon terkenal, Kim Soo Hyun, dengan mendiang pelakon, Kim Sae-ron.Tuduhan ini pertama kali dibangkitkan oleh...