Bersempena dengan sambutan Hari Ibu Sedunia, pelakon Sharifah Sakinah menerima kad ucapan daripada anak tunggalnya, Anais Adha yang diterbangkan jauh dari Malaysia.
Difahamkan Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah kini menetap di Sweden untuk menjalani rawatan penyakit yang dialami.
“Happy Mother’s Day Mummy, I hope you’ll find your mojo and I’ll be there with you wherever you are. Much love, Anais Adha,” tulisnya.
Terdahulu, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.
Sakinah, 32, mengikat tali pertunangan dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen sekitar Disember tahun lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Respek! Tiga Pasangan ‘Pengantin Baru’ Sahut Seruan Kerajaan, Duduk Di Rumah Cegah Penularan COVID-19
Menyahut seruan kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari, tiga pasangan selebriti ‘pengantin baru’ ini dilihat mengisi masa duduk di rumah bersama pasangan.
Antara pasangan selebriti itu adalah Zahirah MacWilson, Emma Maembong dan Rizman Nordin.
Ketiga-tiga mereka memuat naik gambar bersama di Instagram.
1.Zahirah MacWilson
Zahirah Macwilson sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, dengan sekali lafaz tepat jam pada 20 Februari lalu.
“Social distancing because..
slide to see what happens when we get too close. I accidentally banged his head lol! Sorry love,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
2. Emma Maembong
Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu.
“Please stay at home is what our prime minister said. Means honeymoon dekat rumah jela kita @shazli.a nampaknya,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
3. Rizman Nordin
Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin berkahwin dengan ahli perniagaan Nurida Suraya pada September tahun lalu.
Malah, Nurida kini sedang hamil cahaya mata sulung berusia empat bulan.
“Please stay at home guys! Have the quality time with your love ones! Kami boleh, anda boleh! Sapa geng yg #stayathome ,” tulisnya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan merayu agar rakyat Malaysia duduk di rumah selama 14 hari, bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Foto: Instagram Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Ketiga Siti Sarah Genap 7 Tahun, Titipan Kasih Shuib Cukup Jentik Hati; “Ibu Anak Kita Semakin Besar.”
Usahawan dan penyampai radio, Shuib memberikan dedikasi buat anak ketiganya, Ariq Matin yang kini mencecah usia tujuh tahun, semalam.
Sambil berkongsikan momen indah bapa dan anak, kapsyen yang dinukilkan Shuib turut menjentik hati apabila turut ‘menandakan’ (tag) nama isterinya penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada ruangan kapsyen.
“Hari ini 20 Nov 2022, 7 Tahun lepas. Lahirnya seorang yang bernama Ariq Matin. Semoga jadi anak baik, anak soleh dunia dan akhirat. Anak manja daddy dan Ibu @sitisarahraissuddin Anak kita semakin besar,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun selain mendoakan yang terbaik buat Shuin seisi keluarga.
Menerusi platform sama, Shuib turut berkongsi majlis sambutan hari jadi anak lelakinya itu.
Imbas kembali, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Sarah pada Februari 2011.
Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Allahyarham melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selamanya.
Selain Ariq dan Ayash, pasangan selebriti ini turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 11 dan Dzahira Talita Zahra,9.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Filem Pulau; “Kalau Saya Ada Terbabit Adegan Panas, Awal-Awal Lagi Saya Tolak…,” – Ikmal Amry
Pelakon, Ikmal Amry mendedahkan dia tidak terbabit dengan sebarang babak panas dalam filem lakonannya, Pulau yang didakwa mempunyai adegan dan gaya pemakaian mencolok mata sehingga mencetuskan reaksi pelbagai ketika ini.
Ikmal Amry atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, dia mengetahui adegan sebagaimana yang diperkatakan, namun dia bukanlah antara pelakon yang terlibat.
“Kalau saya ada terbabit dengan adegan panas, awal-awal lagi saya sudah tolak sebab saya sudah berkahwin dan ketika penggambaran filem itu isteri saya pula sedang hamil.
“Takkanlah saya nak buat benda bukan-bukan sebegitu. Saya terima pun sebab saya berlakon dengan orang yang saya kenal seperti Amelia Henderson dan Aliff Satar.
“Tapi bila saya baca skrip pun, lakonan saya tidak terbabit langsung dengan adegan sebegitu. Saya hanya buka baju ketika di pulau, itu saja,” katanya.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pra-Pelancaran & Sidang Media Absolut Bazar x Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Selasa.
Jelasnya lagi, adengannya yang tidak berbaju dirasakan bersesuaian dengan jalan cerita selain lokasi penggambaran yang dijalankan.
“Dari filem Rasuk lagi saya sudah buka baju. Tapi bukanlah saya terlalu terbuka, saya buka baju hanya bila perlu.
“Tidak setiap adegan saya buka baju contohnya seperti berjalan di hutan. Kalau adegan mandi di ‘swimming pool’ misalnya, saya bukalah baju.
Kita tengok keadaanlah bagaimana,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Ikmal berkata penonton boleh memilih untuk tidak menonton sekiranya kurang selesa dengan adegan panas yang dipaparkan dalam filem berkenaan.
“Kalau filem ini keluar, dan bagi sesiapa yang tak selesa, tak perlulah tengok. Anda perlu bayar untuk menonton, jadi tak payahlah membeli tiket untuk menonton.
“Tiada sesiapa yang memaksa anda menonton, jadi kalau anda tidak besetuju dengan cerita itu, tak perlulah tengok.
“Malah, saya hanya melakukan kerja saya, kalau anda mahu sokong saya, tengoklah lakonan saya dan jangan hakimi adegan yang saya tidak terbabit. Kalau cerita itu bagus, war-warkan dan sekiranya tidak, diam saja,” katanya.
Terdahulu, filem berkenaan mendapat perhatian wargamaya selepas treler filem itu ditayangkan baru-baru ini dan didakwa mengandungi beberapa aksi panas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI