Super model dunia, Kendall Jenner ada memuat naik gambar terbarunya di laman Instagram.
Entri tersebut turut disertakan dengan kapsyen Kendal yang memberitahu, dia berasa sangat janggal apabila hanya dia sahaja yang tidak memiliki anak seperti adik-beradiknya yang lain.
“All my sibling posting their babies and shit I’m just like..?” tulisnya.
Posting tersebut telah menarik perhatian ramai peminat Kendal di seluruh dunia termasuklah penyanyi As’ad Motawh
Di ruangan komen entri berkenaan, As’ad dengan nada bergurau telah menawarkan dirinya untuk menunaikan hasrat Kendal tersebut.
“I’ll give you one,” katanya.
Kenyataan tersebut ternyata telah menarik perhatian ramai netizen yang terkejut dan terhibur melihat respon berani As’ad itu.
Amboi, nakal betul As’ad ye! Sampai Kendal Janner pon nak ‘try’ juga. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat As’ad. Mana tahu ada jodoh?
Foto: Instagram Kendall Jenner
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mapley Kami, Ampa Dok Kalut Tanya Pasai Apa Takdak Gambaq Laki…,” – Apa Motif Faezah Elai ?
Pelakon, Faezah Elai berkongsi foto bersama suami di laman Instagramnya, semalam.
Kisahnya, dia berbuat demikian setelah ada netizen yang mempersoalkan ‘kehilangan’ suaminya di laman Instagram milknya itu.
“Ni lah mapley kami, ampa dok kalut tanya pasai apa ig hakak tkdak gambaq laki hakak…haa nahhhhhhhh!!!!
“Ni bukan Aquaman,ni Aquariuman!! Lepaih ni tkyah sibuk dh, nak tgk gambaq laki hakak sila tgk ig dia lah wey!! @heykalhanifah
“Tgk ig hakak gambaq pejah elai lah!! Tk kan nk boh gambaq ampa pulak.. adehhh,” tulisnya di kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang menyokong kenyataan Faezah itu malah menjelaskan bahawa ‘kebahagian itu tidak perlu ditunjuk’.
Faezah Elai berkahwin dengan suaminya yang merupakan pengarah drama, Heykal Hanafiah pada September 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna, 6 tahun dan Aurora Heyrinna, 4 tahun.
Heykal juga mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Luqman Hakim, 19 tahun, Sarah, 17 tahun dan Luq Adam, 9 tahun.
Foto : IG Faezah Elai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Masih Di Situ, Saya Takkan Beringat,” – Hasrat ‘Stop’ Berlakon Umur 50, Rita Rudaini Mahu Dekatkan Diri Dengan Agama
Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan dirinya ada memasang hajat untuk berhenti daripada dunia lakonan bagi memberikan sepenuh tumpuannya dalam membesarkan anak-anak.
Memetik laporan Kosmo Online, dia kini sedang merangka perancangan masa depannya termasuklah mempersiapkan dirinya dalam menceburi bidang bisnes.
“Sebenarnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya rasa puas dapat duduk di rumah memasak, tengok anak belajar dan banyak lagi.
“Ikutkan saya punya perancangan dalam tiga atau empat tahun lagi sebelum umur masuk ke angka 50 tahun, saya nak berhenti jadi pelakon.
“Sebagai persediaan, saya buat bisnes wangian dan selagi ada peluang saya ambil walaupun kecil, janji ada rezeki.
“Asalkan anak-anak ada tempat berlindung dan cukup makan pakai, saya bersyukur,” katanya seperti yang dipetik.
Menurut pelakon filem, Mami Jarum Junior itu lagi, dia turut berhasrat untuk menghantar kedua-dua orang anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah tahfiz.
Mengakui sering terbawa-bawa dengan urusan dunia ketika usia muda, Rita mendedahkan dia kini lebih matang dan sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama.
“Saya secara perlahan dalam usaha mendalami agama dan merancang menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, doakan semoga semuanya dipermudahkan,
“Allah bagi kita ujian kerana ada sebab. Jujur saya katakan, saya kini mula menjaga solat. Dahulu tidak, kerana saya terlampau mencintai manusia. Saya sudah kahwin, ada suami, ada anak tetapi tak bersyukur.
“Apabila ditimpa ujian barulah saya beringat. Allah tak tinggal saya, itu yang buat saya semakin kuat sebab tahu Allah sayang saya. Dari situ saya semakin menjaga hubungan dengan Allah,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan dia sejujurnya tidak menolak seandainya Allah mempunyai perancangan mengenai jodohnya.
“Mungkin Allah nampak kelemahan saya sampai ditarik satu demi satu orang yang saya sayang supaya saya kembali kepada-Nya.
“Mungkin, kalau saya masih di situ, saya takkan beringat dan berubah menjadi hamba-Nya yang lebih baik.
“Kalau Tuhan hantar ‘hadiah’ kepada saya, kenapa saya tolak? Mungkin itu adalah ‘pelangi’ untuk saya. Kalau Allah hantar jodoh, saya akan terima dengan reda,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 12 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 10 tahun.
Sumber: Kosmo Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Ini Allah Hadirkan Diri Kau,”- Hulur Bantuan Buat Artis Vateran, Azuan Mazlan Sifatkan Pertemuan Dengan Aripah Damanhuri Aturan Allah Terhebat
Memasuki minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan, masih ramai individu yang tampil memberikan bantuan lebih-lebih lagi buat mereka yang terjejas pendapatannya.
Misalnya, bekas pelakon, Azuan Mazlan ada berkongsi sebuah kisah sewaktu dirinya mengagihkan buat pelakon veteran, Aripah Damanhuri.
Menurut Azuan, pertemuannya bersama pelakon tersebut seolah-olah telah dirancang kerana Aripah dikatakan berhajat ingin bertemu dengannya selepas banyak mendengar kisahnya di Facebook.
View this post on InstagramA post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7) on
“Doa seorang pelakon veteran Aripah Damanhuri dimakbulkan Allah swt.
“Sebelum saya datang ke rumahnya, hari semalamnya dia ada berborak dengan anaknya boy tentang diri saya Azuan Mazlan & ingin mengenali diri saya secara dekat sambil boleh berborak-borak
“Atas izin Allah swt saya datang dengan memakai mask dan Mak Pah tak perasan saya lagi masa tu, sahabat saya cuma cakap pasal saya saya dulunya saya juga berlakon.
“Jadi Mak Pah tanya saya, “apa nama awak ye nak (anak)?” Pastu Saya cakap la, “nama saya Azuan Mazlan”,” tulisnya.
Tambah Azuan, Aripah atau lebih mesra disapa Mak Pah kelihat amat terkejut sejurus mengetahui individu yang menghulurkan bantuan itu adalah dirinya.
“Mak Pah terkejut dengan raut wajahnya..
“Azuan Mazlan yang kat Facebook tu ke?” MasyaAllah.
“Mak baru cerita pasal kau semalam dengan anak mak si boy, mak cerita la yang baik2 pasal kau dekat si boy ni.
“Tak sangka semalam cerita pasal kau hari ini Allah swt hadirkan diri kau hantar bantuan makanan. MasyaAllah, hebatnya Allah swt.
“Walaupun saya tak pernah berlakon bersama Mak Pah dahulu tapi kebaikannya membuatkan Saya selesa dan macam dah kenal lama.
“Saya menghormati beliau sebagai Artis veteran yang humble dan sangat merendah diri,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Azuan turut menyeru kepada golongan yang bertanggungjawab serta berkemampuan untuk tampil membantu para penggiat seni terutamanya artis veteran.
“Saya merayu mana-mana pihak yang berkemampuan & bertanggungjawab dalam bidang seni ini, sila beri bantuan kepada Mak Pah supaya sedikit sebanyak boleh meringankan bebannya.
“Diwaktu kita diuji oleh Allah swt, gunakanlah senjata kita yang paling ampuh iaitu “DOA”, kerana doa adalah senjata orang mukmin yang paling hebat,” katanya lagi.
Sementara itu, dia turut menasihati orang ramai supaya memperbanyakkan doa dan jangan meminta-minta kepada mahluk sebaliknya mintalah kepada Sang Pencipta.
“Jangan sesekali Kita meminta-minta pada makhluk kerana apabila kita meminta-minta pada makhluk maka Allah swt akan berterusan mengalirkan diri kita.
“Apa saja masalah & kesulitan mintalah pada Allah swt sahaja. Buktinya, Mak Pah tak pernah berjumpa dengan saya sebelum ini tapi doanya Allah swt makbulkan untuk kami berjumpa atas izin Allah swt,” kongsinya di ruanngan Instagram.
sumber: Instagram Azuan Mazlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI