Pelakon Ery Zukhairi mengakui tidak kisah andai masih ramai yang masih belum mengenalinya, meski sudah terlibat dalam seni sejak tahun 90-an lalu.

Kongsi Ery kepada MH, sumber rezekinya tidaklah bergantung kepada dunia lakonan semata-mata kerana dia sudah pun mempunyai kerja tetap sebagai jurutera sejak sekian lama.

Malah jelasnya lagi, dia turut mempunyai bisnes lain selain turut aktif menulis skrip drama.

 

“Ya, saya masih lagi bekerja sebagai jurutera dan pada masa sama banyak juga habiskan masa dengan menulis skrip.

“Kalau ada rezeki lebih saya juga ada kendalikan projek dengan kilang-kilang menguruskan acara bersama rakan.

“Jadi jujurnya saya memang tidak kisah kalau ada yang masih belum kenal meski dah lama berlakon.

Ads

“Sebab itu bukan keutamaan. Saya berlakon pun kerana minat. Lagi pun sepanjang tempoh tersebut, saya sudah berlakon macam-macam watak. Alhamdulillah,” katanya yang mulai terjun dalam dunia seni sekitar tahun 1994 sejurus aktif berteater.

“Ilmu Hitam Tu Biasalah…Terkena Gangguan Lebih Setahun,” – Pilih Tak Kongsi Hal Peribadi, Ery Zukhairi Dedah Pernah Berdepan Benda Pelik

Pada masa sama, bapa kepada tiga cahaya ini juga turut memberitahu dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi melibatkan keluarga atas sebab tertentu.

“Daripada dulu tidak berapa gemar untuk terlalu dedah mengenai kehidupan peribadi. Saya kagum dengan cara Datuk Rosyam Nor.

Ads

“Seperti yang kita sedia maklum beliau tidak terlalu bercerita mengenai kisah peribadi dan kisah keluarga. Lebih selesa ‘low-profile’.

“Jadi saya banyak belajar caranya itu. Sebab suatu ketika dulu, ketika filem seram lakonanya saya Flat 3A meletop dulu, saya sudah rasa seolah-olah sisi privasi hilang. Sudah rasa macam mana.

“Malah, privasi ahli keluarga lainnya turut terima tempias. Ilmu hitam tu biasalah… Terkena gangguan lebih setahun.

“Ia berlaku pada tahun 2011 lalu. Syukur, sekarang gangguan tersebut tidak lagi dialami.

Ads

“Jadi apa yang berlaku mengajar saya untuk tidak terlalu mendedahkan hal peribadi.

“Ibu saya dan ibu Abby Abadi ialah rakan baik. Malah ibunya pernah berikan nasihat,” akuinya lagi.

Ery ditemui pada majlis sidang media pelancaran agensi pencarian bakat ParisZki di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Ilmu Hitam Tu Biasalah…Terkena Gangguan Lebih Setahun,” – Pilih Tak Kongsi Hal Peribadi, Ery Zukhairi Dedah Pernah Berdepan Benda Pelik

Berkongsi lanjut mengenai perncarian bakat di kalangan bintang cilik itu, pelakon berusia 43 tahun itu bertindak sebagai jurulatih lakonan untuk agensi berkenaan dan bakal memulakan tugasnya secara rasmi bermula Ogos depan.

Turut sama terlibat dalam program terbabit ialah penyanyi dan pelakon senior, Hasnol.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI