Awal pagi tadi, dunia digemparkan dengan berita dua letupan dahsyat yang berlaku di ibu kota Lubnan, Beirut dengan menyaksikan ada mangsa terbunuh dan cedera.

Trgedi tersebut nyata menyentak hati ramai pihak termasuklah golongan selebriti tempatan yang rata-ratanya memberikan respon terhadap apa yang berlaku, pada petang Selasa waktu tempatan itu.

Antara selebriti yang paling terkesan dengan perkhabaran ini adalah pelakon, Yatt Hamzah.

Menurut Yatt, kejadian ini amat mengejutkan baginya kerana dia pernah menjejakkan kaki ke bandar tersebut lima tahun yang lalu.

Malah pelakon tersebut turut mendoakan semoga rakyat Lubnan tabah dan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.

“Ilmuan Sifatkan Gegaran Seperlima Bom Hiroshima,” – Letupan Dahsyat Beirut, 5 Selebriti Ini Titip Doa Buat Mangsa

“Allahuakbar. Terkejut sangat masa dapat berita ni kerana aku pernah ke negara ini 5 tahun lalu. Sebak melihat video2 letupan dasyhat tersebut kira-ki rajam 6 petang waktu Lebanon (11mlm td waktu Malaysia).

“Ayuh sama2 berdoa, Ya Allah lindungilah dan kuatkanlah Beirut, Lebanon dan rakyatnya.. Aameen.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Wallahi I am out of words for this country and it’s people.
PRAY FOR LEBANON,” kongsinya.

Dalam pada itu, pengacara dan penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC turut dilihat ada menitipkan doa buat para saudara kita yang kini terkesan dengan insiden tersebut.

IKLAN

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un . 😢 moga Allah kurniakan keselamatan buat saudara2 kita di Lubnan,” tulisnya.

Penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi turut meluahkan rasa sedih menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Heliza, Beirut merupakan jalan yang akan dilaluinya setiap kali menyertai misi kemanusiaan di Syria.

“Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Allahu Akbar! Beirut Lebanon antara tempat dilalui sebelum sampai ke bumi Syria.

IKLAN

“Allahu Akbar! Seakan tak percaya sekelip mata musnah segalanya. Mari kita panjatkan doa buat saudara kita,” katanya.

Sementara Aizat Amdan turut berharap kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita dapat membuat sesuatu tindakkan untuk membantu mereka yang terkesan di bumi Lubnan.

Katanya lagi, sekiranya tidak mampu, titipan doa juga sudah memadai.

“We have to do something, but if you cant do anything please pray. This is devastating! #prayforlebanon,” jelasnya.

Peneramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin ada berkongsi foto mengenai keadaan terkini di salah sebuah lokasi di Beirut, Lubnan.

IKLAN

Foto tersebut memaparkan kebanyakkan bangunan di bandar tersebut musnah dan turut mengalami kerosakan yang amat teruk.

“Hancur. Semoga Allah melindungi rakyat Lubnan dan seluruh mangsa yang terlibat.

“Jom sama sama kita panjatkan doa buat mereka di sana. Ya Allah jagalah mereka,” doanya.

Terdahulu, letupan tersebut dikatakan berlaku pada jam 6.00 petang waktu tempatan bersamaan 11.00 malam waktu Malaysia.

Menurut kenyataan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, Lubnan, bangunan yang menjadi punca kepada letupan dasyat tersebut dipercayai merupakan sebuah gudang untuk menyimpan ammonium nitrat.

Menerusi portal Tribunnews, ilmuwan menyifatkan ledakan yang dialami hampir sama kuatnya dengan ledakan 3 kiloton TNT.

Ledakan tersebut juga setara dengan seperlima ledakan bom atom yang pernah menggegarkan Hiroshima, Jepun, pada penghujung Perang Dunia Kedua.

Sumber: Instagram Selebriti Terlibat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI