Amboi…makin sweet pula MH lihat kedua-dua pelakon, Alvin Chong dan Emma Maembong ni. Ada apa-apa ke?
Alvin baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-27 pada 23 Januari lalu, tapi apa yang menarik perhatian MH adalah ucapan penuh ‘bersemut’ Alvin kepada Emma menerusi laman Instagramnya.
Tapi, MH pelik juga.. yang sambut ‘birthday’ Alvin, tapi kenapa pulak Emma yang dapat ucapan ‘sweet’ ni? Jeles…
“Rasanya, dia (Emma) belum bersedia masa saya ambil gambar ni tapi siapa kisah? Janji saya suka.
“Terima kasih sambut ‘birthday’ saya walaupun terlewat. Dia merupakan salah satu teman rapat dalam industri. Semoga kekal ceria dan jaga diri daripada disakiti.
“Jangan lupa, ‘I’m just one call away’,” tulisnya di laman Instagram miliknya.
Oh my.. kalau MH lah dapat ‘appreciation post’ macam ni, memang boleh cair habis. Romantik jugak ya Alvin ni.
Dalam pada itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 26 tahun turut memuat naik video sambutan ‘birthday’ Alvin tersebut di laman instagram miliknya.
“Anda tahu seseorang itu istimewa buat anda bila walaupun sudah lama tidak berbual kerana masing-masing sibuk tapi bila dah mula bercakap, seolah-olah tak pernah ‘berpisah’, boleh bergelak ketawa sampai pecah perut.
“Susah nak jumpa ‘connection begini. Jadi, kalau korang ada jumpa insan istimewa seperti ini dalam hidup, jangan biarkan ia pergi.
“Semoga persahabatan kita kekal selamanya Alvin, lagi satu…terima kasih baby pus, ‘birthday’ awak tapi saya yang dapat hadiah,” tulisnya.
MH rasa siapa yang baca ini boleh dapat ‘diabetes’ kot. Perkongsian mereka berdua ini mendapat respon positif daripada peminat yang rata-rata mahukan kedua-duanya mula bercinta.
Bagi MH, kalau mereka bercinta pun tak salah sebab kedua-duanya ‘single’ kan?
sumber: IG Alvin & Emma
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI