
Pelakon dan pengacara, Neelofa mengumumkan bakal berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Hos program MeleTop itu dijangka berangkat bersama anggota keluarganya yang lain.
Dia juga sempat memohon maaf kepada umum dan mendoakan agar perjalanannya dipermudahkan.
“I’m leaving for umrah insyaAllah today with my family. I would like to apologize should I hurt anyone’s feelings with my words or actions.
“May Allah ease everything for me and my family and may we come back a better person, insyaAllah,” tulisnya di Twitter.
Di ruangan komen, kelihatan ramai netizen yang turut mendoakan pelakon drama Suri Hati Mr.Pilot itu.
Wah, seronok lihat ramai selebriti menjejakkan kaki menunaikan umrah.
Sebelum ini, pasangan Shuib dan Sarah bersama Mark Adam, Saharul Ridzwan dan Dena Emir, Nora Ariffin dan ramai lagi berkongsi foto di Mekah.
Apa-apapun, MH doakan supaya perjalanan Neelofa dan keluarga dipermudahkan. Amin!
Foto/Instagram:
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Kekal Dalam Industri, Tak Tahu Nak Buat Apa. Mungkin…,” – Sweet Qismina Tangguh 1 Semester Pengajian, Fokus Berlakon

Pelakon meningkat naik, Sweet Qismina mengakui kerjaya seninya sejak tahun lalu agak perlahan kerana memberi tumpuan pada pengajiannnya dalam jurusan Perhubungan Awam di SeGi University & Colleges.
Katanya lagi, mungkin atas faktor itulah ramai yang memberi tanggapan bahawa dirinya kian menghadkan penglibatan dalam lakonan.
Bagaimanapun, untuk pertengahan tahun sehingga hujung tahun ini, pelakon berkenaan mengambil keputusan untuk tangguh pengajian demi memberi komitmen penuh dalam lakonan.
“Kalau nak dikatakan perlahan, hal pengajian mungkin menjadi antara penyebab dan pada masa sama, saya juga mengambil tawaran lakonan panjang. Sudah lock dan susah untuk ambil tawaran lain. Jadi mungkin sebab itulah ada yang melihat kerjaya saya perlahan.
“Tapi selepas ini, saya akan beri fokus balik pada lakonan sebab tangguh pengajian selama satu semester saja,” jelas Sweet.
Dalam perkembangan lain, Sweet baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama untuk slot Lestari di TV3 berjudul Adam Cempaka yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
“Saya pegang watak sebagai heroin di samping Adam Lee. Tahun depan barulah mula fokus pada pengajian balik. Masih berbaki dua tahun lagi. Memang kena habiskan juga pengajian.
“Belajar itu pun penting. Kalau tak kekal dalam industri, tak tahu nak jadi apa. Mungkin lepas ni saya akan terlibat dengan kerja-kerja media juga, sebab ada kaitan dengan apa yang sudah saya belajar,” seloroh Sweet yang bakal muncul menerusi drama pendek berjudul Dua.
Foto: Instagram Sweet Qismina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Finalis Hero Remaja 2020, Meerqeen Akui Belum Berdepan Peminat Fanatik, – “Saya Bukan Siapa-Siapa Pun…”

Mulai meningkat naik namanya, finalis Hero Remaja 2020, Syameer Shauqeen atau nama komersialnya, Meerqeen mengakui menghargai peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan, meski dirinya masih lagi ‘hijau’ dalam dunia seni lakonan tempatan.
Jelas anak sulung daripada empat beradik ini lagi, dia sendiri tidak menyangka kehadirannya dalam bidang ini diterima baik, malah ada yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu bersua muka.
“Saya bukanlah siapa-siapa. Masih lagi baru dan sedang belajar. Cuma apabila sudah ada yang mulai kenal dan mahu bergambar, ia sekurang-kurangnya membuatkan saya rasa teruja dan dihargai sebenarnya.
“Tidak dinafikan, program Pencarian Hero Remaja 2020 yang bersiaran setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Ria sebelum ini turut mendedahkan kami kepada peminat,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia pernah berdepan situasi pelik bersama peminat, bintang muda asal Kuala Lumpur ini cuba melayani mereka dengan sebaiknya.
View this post on InstagramThis year is my year, blessed 19. #blessed #19
A post shared by 19 BA (@meerqeen) on
“Lazimnya yang meminta untuk bergambar sama ialah perempuan, lelaki pun ada juga tapi tidaklah ramai.
“Setakat ini saya tidak lagi berdepan dengan peminat fanatik. Saya bukan siapa-siapa pun.
“Tapi bila nak ‘tangkap gambar’ bersama, ada yang macam ‘menggigil’. Seingat saya ketika itu, dia mahu gunakan aplikasi ‘boomerang’.
“Saya rasa mungkin hasilnya tak berapa cantik sebab bergegar. Tapi mungkin dia malu nak padam depan saya, jadi dia kongsikan juga di media sosial.
“Saya beritahunya, rakamlah balik. Tapi dia tak nak, mungkin segan agaknya.
“Malah sebelum ini saya ada niaga makanan dan lakukan proses penghantaran sendiri. Ada yang mengaku mereka beli makanan semata-mata nak jumpa saya saja.
“Memang kalau kita cerita, bunyinya macam kelakar, tapi ia sebenarnya cukup bermakna untuk diri saya. Tak ada kata yang boleh saya gambarkan.
“Bahkan rasa bersalah pun ada sebab mereka buat macam-macam,” akuinya lagi.
View this post on InstagramHe who keeps his cool best wins. • • 🐅 #teamMQ #meerqeentroopers @meerqeentroopers
A post shared by 19 BA (@meerqeen) on
Dalam perkembangan lain, Meerqeen bersama empat lagi finalis lainnya iaitu Jabir, Nadhir, Haziq dan Umar bakal berentap di final Pencarian Hero Remaja 2020 yang bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Astro Go jam 9.00 malam.
View this post on InstagramA post shared by 19 BA (@meerqeen) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayda Jebat Terkilan! Individu Ini Mintanya Cerai Saja Dengan Nabil Mahir – “Ada Lagi Orang Macam Ni.”

Meski baru mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu, namun pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat sudah menerima mesej peribadi daripada seorang pengguna Instagram yang memintanya bercerai dengan suami, Nabil Mahir dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.
Penyanyi lagu Parah Parah itu menerusi satu hantaran di Instagram Story memuat naik kapsyen yang terkilan dengan mesej yang dihantar individu berkenaan.
“Ada lagi orang macam ni,” tulisnya ringkas disusuli emoji beserta tangkap skrin yang dihantar pemilik akaun terbabit.
Pemilik akaun itu meminta Ayda berpisah dengan Nabil dan berkahwin dengan Zul yang dirasakan lebih baik.
“Ceraikan jelah suami awak tu…Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis individu berkenaan.
Sebelum ini pernah timbul gosip mendakwa wujud cinta lokasi di antara Ayda dan Zul selepas drama gandingan mereka, Rindu Awak 200% disiarkan TV3 beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, baik Ayda dan Zul, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menyifatkan hubungan mereka tidak lebih dari rakan selebriti.
Sementara itu, menerusi entri Ayda di Instagram, dia dan suami kini sedang menikmati momen indah bulan madu di Langkawi.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI