Selepas insiden penyanyi remaja, Asad Motawh yang secara tiba-tiba dipeluk individu bertudung ketika membuat persembahan bersempena dengan sesi Percaya Tour di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini, ada yang memberi bayangan terhadap apa yang berlaku itu hanyalah suatu gimik sebagai promosi.

Bagaimanapun, spekulasi tersebut dinafikan seorang gadis, dipercayai gadis yang bertanggungjawab memeluk penyanyi tersebut lalu mencetuskan viral di media sosial.

Menerusi Instagram, dia yang menggunakan akaun @niurull itu tampil memberikan penjelasannya menerusi salah satu entri.

Ads

“Cakap la apa uols nak ckp pun yg penting kalau dibayar mampu ke drg nak byr i????? Tlg sikit eyyy kte naik td sbb xde sape yg halanggg ahhaah ingat nak nyanyi sama2 je x sangka terpeluk skali ala lek lek sis tak sengajaaa!,” tulisnya.

Malah menerusi posting terdahulu, dia yang dikenali sebagai Nurul Hayati berkongsi, dia meminta maaf kerana ada adegan tak sepatutnya telah terjadi.

Ads

Malah katanya, dia berada di luar kawalan mungkin kerana terlalu fanatik dengan bintang berusia 18 tahun itu.

“Had fun todayyy n paling bestt dapat jumpe jugak @asad.motawh @ismailizzani_ @outbreak._ omgeez! Pengsannnn! Sorry jugak ada scene yang tak sepatutnya jadi tadi im out of control mann fanatic sangat kott ngan asadddddd hahaha jgn kecam siss tauu,” maklumnya.

Ads

Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai netizen, malah ada rakan wanita berkenaan yang turut mengakui perangai Hayati yang ‘gila-gila’ sejak dulu.

Foto: Instagram Asad Motawh, Nurul Hayati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI