Adik Selamat Nikah… Daiyan Trisha Tak Terburu-Buru Fikir Kahwin; “Bila Dah Sampai Jodoh, Allah Akan Kirimkan Yang Terbaik.”

Share

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha menegaskan dia sebenarnya enggan terlalu terburu-buru, lebih-lebih lagi bila berbicara mengenai soal perkahwinan.

Menurut Daiyan, pada ketika ini, kehidupannya berada dalam keadaan yang sangat baik dan dia juga amat bersyukur dengan segala nikmat yang telah pun dikurniakan oleh Allah SWT keatas dirinya selama ini.

“No i don’t rush marriage, I’m perfectly fine and healthy alhamdulillah. I have everything I need.

“I love my career and being able to do what I do. Bila dah sampai jodoh, Allah akan kirimkan yang terbaik. I believe in that,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Projek: Anchor SPM itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

Katanya lagi, dia kini sememangnya amat senang dengan kehidupannya lebih-lebih lagi apabila dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni.

Dalam pada itu, Daiyan turut percaya, apabila sudah tiba waktunya nanti, pasti Yang Maha Esa akan mempertemukannya dengan jodoh yang baik.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memberikan kata-kata semangat buat Daiyan.

“No rush dear. Yg terbaik utk anda pasti tiba.

“Yup, percaya dengan rancangan Allah adalah yang paling terbaik.

“This is why i love daiyan since i know her.

“Love this words.

“The reason saya tak kahwin sampai sekarang. More dreams to achieve and marriage is a big commitment,” antara reaksi warganet yang ditinggalkan.

Terdahulu, menerusi perkongsian terkini di laman Instagram, Daiyan memaklumkan adik perempuannya telah pun selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Daiyan kini dilihat sibuk mempromosikan single terbaru yang berjudul Penat yang kini telah pun dilancarkan di laman Youtube dan seluruh platform penstriman pada Ogos lalu.

Foto: Instagram Daiyan Trisha

Published by
Aizam Manaf