Selepas mendapat kritikan wargamaya terhadap persembahan yang ditampilkan menerusi program Vokal Mania pada Sabtu, penyanyi baru Nuha Bahrin tampil memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku.
Jelasnya, dia sedia tahu akan prestasi persembahan malam tadi dan meminta maaf kepada penonton.
Reaksi tersebut dikongsikan bintang muda ini menerusi Twitter miliknya, awal hari ini.
Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih buat peminat dan penyokong yang mengundi seterusnya berazam untuk memberikan yang terbaik selepas ini.
“Salam and greetings to everyone, i am fully aware of how horrible my performance was last night. I let my nerve get the best of me.
“Kepada semua yang dah advise nuha thank you so much and kalau boleh korg doakan nuha to do better next time. And nuha promise to practice more and improve myself.
“Im really sorry you guys had to listen to what i delivered last night. I’ll do better next time.
“Nuha jugak nak cakap thank you so much to everyone yang support me and voted for me. God bless your kind soul,” tulisnya.
Terdahulu, ramai yang memberi reaksi terhadap cara nyanyian secara langsung Nuha yang menyanyikan lagu Kekasih Awal & Akhir yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Di Matamu (Sufian Suhaimi) duet bersama Tomok.
Meski mendapat komen nyanyian yang kurang kemas dari netizen, rezeki bagaimanapun tetap berpihak kepadanya apabila turut memenangi anugerah Rookie Star Award yang mana ia hasil daripada 70 peratus undian awam dan 30 peratus lagi daripada juri tetap.
Vokal Mania bersiaran secara langsung di TV3 setiap Sabtu, jam 9 malam.
Foto: Instagram Nuha Bahrin