Filem Imaginur diangkat sebagai Filem Terbaik pada filem Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang berlangsung meriah malam tadi.
Filem arahan Nik Amir Mustapha itu membawa pulang trofi di samping Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.
Nik Amir turut memenangi anugerah pengarah terbaik manakala tunjang utama iaitu Beto Kusyairy turut dinobatkan selaku Pelakon Lelaki Terbaik FFM33.
Imaginur turut menggondol tiga lagi anugerah iaitu Penata Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Cerita Asal Menarik.
Selepas memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2024, aktres Susan sekali lagi mencipta sensasi apabila dinobatkan selaku Pelakon Wanita Terbaik FFM33.
Sementara itu, pelakon senior, A. Galak turut menerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman diatas sumbangannya sepanjang 60 tahun bergelar anak seni.
Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM33;
Anugerah Khas Filem Box-Office
– Sheriff
Poster Terbaik
– Walid (Layar Picture Sdn. Bhd.)
Kesan Khas Visual Terbaik
– Sheriff (Viper Studios SDN BHD)
Filem Pendek Terbaik
– The Missing Trophy (Wayang Work Sdn Bhd)
Dokumentari Terbaik
Ads
– Pekik (Stereo Pixel SDN BHD)
Tatarias/ Solekan Terbaik
– Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin & Kua Goh Yoke Eng (Abang Adik)
Rekaan Busana Terbaik
– Elaine Ng (Abang Adik)
Penataan Bunyi Terbaik
– Nizam Razak (Mechamato Movie)
Skor Muzik Asal Terbaik
– Jackey Yow (Malbatt Misi Bakara)
Sinematografi Terbaik
Ads
– Sheriff (Rahimi Maidin)
Penyunting Terbaik
– Johan Arif Mazlan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
– Qisya Hairulzain (Magik)
Pelakon Wanita Harapan Terbaik
– Trisha Ooi (Janna Edoro)
Pelakon Lelaki Harapan Terbaik
– Aniq Durar (Pagari Bulan)
Pengarah Harapan Terbaik
Ads
– Jin Ong (Abang Adik)
Anugerah Khas Juri 2
– Duan Nago Bogho
Anugerah Khas Karyawan
– Indra Che Muda
Anugerah Khas Sepanjang Zaman
– A. Galak
Lakon Layar Terbaik
– Jin Ong (Abang Adik)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
– Elizabeth Tan (Sheriff)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
– Jack Tan (Abang Adik)
FFM33 yang dihoskan oleh pengacara, Datuk AC Mizal telah berlangsung dengan gilang gemilang di Kota Media Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Anugerah ini turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air seperti Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Aizat Amdan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan kejadian seorang pelawak ditahan polis kerana disyaki bertindak kasar terhadap seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun, Instagram Lan Pet Pet pula yang dihujani komen netizen.
Meski tiada posting terkini dan yang terakhir adalah bertarikh 5 Mac, namun ruangan komen bintang yang pernah sinonim bersama kumpulan Senario itu terus dibanjiri netizen.
Rata-ratanya memberi reaksi pelbagai terhadapnya walaupun belum disahkan pelawak yang terlibat oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.00 malam itu baru-baru ini, seorang lelaki yang didakwa seorang pelawak dikenali dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa.
Difahamkan, individu tersebut telah ditegur kerana tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki sebuah kawasan perumahan di Nilai, Negeri Sembilan.
Foto – Instagram Lan Pet Pet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, pelawak, pengacara dan pelukis popular, Imuda atau nama sebenarnya A. Rahim Muda hari ini telah menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato’.
Dalam majlis yang diadakan di Dewan Sri Pinang itu, figura berusia 65 tahun ini merupakan antara 103 penerima anugerah sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri Pulau Pinang sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Beliau yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu memanjat rasa kesyukuran atas penganugerahan tersebut setelah lebih empat dekad berkecimpung dalam dunia seni.
Sumber foto: Facebook Imuda Art
“Sejujurnya, saya berasa amat bangga kerana menerima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang.
Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga buat seluruh anak seni yang lain di negeri Pulau Pinang,” ujarnya dalam satu temubual bersama Buletin Mutiara.
Dato’ Imuda memulakan kerjayanya sebagai pelukis dengan syarikat penerbitan tempatan sebelum melebarkan sayap bersama Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karya-karyanya banyak diterbitkan untuk penerbitan naskhah terkenal seperti Gila-Gila, Berita Minggu dan Geli Hati.
Sepanjang kerjayanya dalam dunia seni, selain terlibat dalam siri komedi, beliau pernah membintangi puluhan filem-filem terkenal antaranya Mekanik, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal dan Mendam Berahi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Dayang Nurfaizah memberikan dedikasinya terhadap semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Debu yang turut bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), malam tadi.
Karya hasilan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim itu turut menampilkan kolaborasinya bersama Amir Masdi.
“Thank you for supporting Debu. Thank you @amir.masdi, faithfulmusicmy, @novamusicmy @tv3malaysia @muzikmuzik_official. Congrats to all the winners,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminatnya menitipkan kata-kata semangat dan memuji persembahan mesti rezeki tidak berpihak kepada mereka di AJL37.
Terdahulu di dalam anugerah muzik tahunan yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil itu, lagu ciptaan dan nyanyian Aina Abdul, Terus Hidup dijulang sebagai juara utama.
Aina turut diumumkan sebagai penerima trofi Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu sama.
Sementara Semalam Di Temasik persembahan Joe Flizzow dan SonaOne di tempat kedua dan Alif Satar & The Locos yang menyampaikan lagu Anugerah Terindah di tempat yang ketiga.
Shiha pula mengungguli Anugerah Persembahan Terbaik (Irama) dan Khai Bahar yang turut bersaing menerusi lagu Sengsara pula diraikan sebagai Anugerah Pilihan Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suria FM mempersembahkan drama raya 2025 bertajuk Hayati, sebuah karya pertama stesen radio ini yang meneroka genre psikologi emosional.
Drama berdurasi 40 minit itu mengetengahkan...