“Iman Aku Goyah,”- Gelagat Anak Fad Bocey Buat Si Isteri ‘Batal’ Sembahyang

Share

Telatah anak-anak yang sentiasa menghiburkan pastinya mencuit hati setiap ibu bapa.

Begitulah yang dialami Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Rahman apabila anak perempuannya, Aminah dengan gelagatnya yang tersendiri ketika menunaikan solat bersama.

Sekali gus, menjadikan solat Syaheera tidak sah (batal).

“Aku bukan nak tunjuk aku sembahyang tapi aku nak tunjuk tengah sembahyang pun iman aku goyah.

“Weh kalau dia senyap ja sebelah sembahyang mcm selalu takpa. ni bila dia atatata tu sambil usya muka kita mmg menyemboq la.

“Yang tukang record konon nak update anak sembahyang last2 jadi kelain,” tulis Syaheera.

Video yang dirakam Fad itu telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan mendapat respon yang pelbagai.

Terdahulu, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.

Video/Foto: Instagram Syaheera Rahman

Published by
MH