Penyanyi Iman Troye berbesar hati untuk menghadiahkan wang tunai sebanyak RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.
Iman yang juga Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.
“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.
“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.
“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.
Menurut Iman, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.
“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.
“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) menerusi Instagram rasmi PTTI.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Stop Calling Safawi ‘Bodoh’. You Guys Tak Tahu The Whole Story,” – Syifa Melvin Minta Henti Kecam Safawi, Beri Sokongan
Pelakon Syifa Melvin memohon agar kekecohan yang berlaku antaranya dan temannya, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dapat diselesaikan segera.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Syifa menjelaskan bahawa Safawi seorang yang baik hati dan meminta supaya tidak menyalahkan Safawi.
Perkara itu dikongsikan Syifa atau nama lengkapnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin menerusi Insta Storiesnya.
“Stop calling Safawi “Bodoh”. You guys tak tahu the whole damn story!!!
“Dia bukan saja2 cakap macam tu! Salah dia saying that, but dia ada sebab cakap mcm tu, and plus itu conversation LAMA! Dia muda lagi dan semua org buat salah!
“Knowing him hati dia PURE dan SANGAT BAIK, atas tuntunan lain, dia TERPAKSA! Stop this bullhit la!,” tulisnya.
Pada masa sama, Syifa,26, turut berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik dan memberi sokongan buat pemain bola sepak itu, apatah lagi pada ulang tahun kelahirannya, hari ini.
“Instead of jadi juri, bagilah moral support to Sawafi, nak dia firm all the time bukan cara ni utk push dia, uall nak dia bersinar kena la support bukan down kan dia, especially on his birthday today… what a gift!
“We always motivate each other even we have faced ujian besar last month but we managed to go through it.. Sebab Allah bersama dgn org teraniya & sabar..
“I merayu utk stop this ‘salah faham’ & bering Safawi back on track. tanggungan dia besar di kampung, dont do this to him!
“Ingat dia budak kampung yg ada tanggungjawab besar utk keluarga, dont bring him down dengan benda bodoh dan benda personal mcm ni.. No use!,” tulisnya.
Terdahulu, Syifa menafikan hubungan dengan Safawi menjadi punca prestasi kurang memberangsangkan penyerang itu.
Syifa juga mendakwa dia tidak pernah meminta penyerang JDT itu untuk menyara hidupnya.
Syifa menjelaskan, dia bekerja keras mencari duit sendiri dan tidak cukup rehat untuk menampung perbelanjaan harian.
Foto : Instagram Syifa Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua,” – Elly Mazlein Ke Kampung Halaman Cikgu Azlan, Dirai Pada Majlis Sambut Menantu
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein ada berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis sambut menantu di belah pihak suaminya, Mohamad Azlan Che Noh di Kuala Krai, Kelantan, menerusi Instagram.
Ayu bertudung sambil mengenakann persalinan sedondon rona putih bersama suami dan anak, pasangan penganting baru itu tampak secocok kala bergambar di pelaminan.
“Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua. Tq kerana bg lina rasa semua ni. Tq atas kasih sayang ini.
“Terasa diri disayangi. Alhamdulillah, 28 January 2020,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil disusuli dengan kredit.
View this post on InstagramA post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on
View this post on InstagramA post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on
View this post on InstagramA post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on
Bintang Kampung People ini selamat menamatkan zaman ibu tunggal pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang sinonim digelar sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.
Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bukan Ahli Politik Atau Nak Tunjuk Hero,” – Bizmilla Mila Jirin & Malakat Mall Target Bantu 100,000 Keluarga Dalam Kempen RM5 Juta!
Penyanyi dan usahawan, Mili Jirin menerusi jenamanya, Bizmilla dengan kerjasama Malakat Mall di dalam Kempen RM5 Juta Tunai Percuma diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini.
Menurut Mila atau nama sebenarnya, Noorsyarmila Jirin, kempen yang bermula 31 Julai itu dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di negara ini.
“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.
“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero. Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah. Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.
“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” katanya.
Sebelum ini, perniagaan perkahwinan dan kembara umrahnya yang diusahakan sendiri turut terkesan sejak tahun lalu.
Namun, ibu kepada seorang cahaya mata ini berusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai.
Malah dia juga turut melakukan bisnes lain seperti menjual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi kelangsungan hidup.
“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan dan macam-macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini.
“Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasa seperti hilang arah atau kecewa. Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri.
“Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan. Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan.
“Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu.
“Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya yang turut menutup operasi Restoran Embun Urai di Tasik Prima Puchong buat sementara waktu.
Sementara itu, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’ atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.
“Peruntukan itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.
“Ia dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi. Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya lagi.
Menariknya juga, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.
“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.
“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.
Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.
“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya
Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.
Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.
“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” katanya.
Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya Malakat Grocer ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI