Penyanyi Iman Troye menjelaskan video yang dikongsikan menerusi salah satu perkongsian menerusi platform TikTok pada 1 Syawal lalu bukanlah gimik demi meraih perhatian.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, berkata dia berkongsi mengenai situasi yang mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
“Saya hanya kongsi perkara random yang dirasakan berkaitan dengan diri sendiri atau orang sekeliling. Saya juga seperti orang lain yang bercinta dan putus cinta.
“Apa yang saya kongsikan sebelum ini bukanlah gimik atau sengaja mahu tarik perhatian ramai,” katanya ketika majlis Raikan Keputusan SPM anjuran pusat tuisyen PTTI, baru-baru ini.
Untuk rekod, Iman yang juga penuntut Diploma Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ialah duta serta ikon bagi institusi pembelajaran berkenaan sejak tiga tahun lalu.
Terdahulu hantaran yang dikongsikan Iman dengan berlatar belakangkan lagu Ariana Grande berjudul We Can’t Be Friends (Wait For Your Love) dengan kapsyen ‘Day 1 kena tinggal sis’ mencuri perhatian ramai.
Berkongsi mengenai perkembangan seninya pula, Iman bakal melancarkan lagu baharu berjudul Kemboja.
“Saya membuat keputusan untuk tangguh dahulu pengajian satu semester dalam jurusan yang saya ambil sekarang demi nak fokus terhadap lagu baharu ini.
Ads
“Insya-Allah, saya akan sambung semula pengajian selepas berjaya capai yang saya mahukan tahun ini.
“Sebelum ini pun saya ambil masa untuk tampil dengan lagu baru kerana tidak mahu terlalu terburu-buru dan memandangkan kena bersaing dengan ramai artis, jadi saya lebih pendekatan untuk lebih bertenang,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, PTTI telah melancarkan insentif khas buat calon SPM 2024 berupa ganjaran wang RM500.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa Cikgu Fana berkata, insentif itu bagi meningkatkan motivasi pelajar SPM 2024 dalam mencapai keputusan cemerlang.
Ads
“Insentif ini diberikan kepada pelajar SPM 2024 yang bakal mengambil SPM tahun ini. Ini adalah inisiatif khas yang PTTI buat untuk memberi ganjaran kepada pelajar SPM 2024 untuk meningkatkan motivasi mereka agar mendapat keputusan yang berjaya dan cemerlang.
“Ganjaran daripada PTTI berupa RM500 kepada setiap pelajar kita yang mendapat ‘straight’ A dalam SPM 2024. Inisiatif ini ditaja oleh Yayasan PTTI.
“Diharapkan insentif ini lebih memotivasi dan galakan penuh kepada pelajar PTTI yang bakal menduduki SPM tahun ini. Sejujurnya, saya juga teruja apabila lebih ramai lagi pelajar kita yang mendapat keputusan cemerlang,” katanya.
Selain itu, PTTI turut melancarkan peraduan PTTI Better Results yang mana menawarkan kereta Perodua Axia.
Ads
Tambahnya, peraduan itu terbuka kepada pelajar PTTI yang mengambil SPM tahun ini dengan mengajak lebih ramai rakan mereka untuk belajar di PTTI.
“Menerusi peraduan ini kita menawarkan hadiah utama iaitu kereta Perodua Axia yang mana diberikan kepada pelajar PTTI yang mengajak kawan paling ramai untuk sama-sama belajar dan berjaya dalam SPM 2024.
“Penyertaan bagi peraduan ini kita sudah buka sejak 25 Mei lalu dan pemenang akan diumumkan pada Jun ini,” katanya lagi
Pada majlis sama, PTTI turut meraikan pelajar SPM 2023 yang baharu saja mendapat keputusan SPM mereka yang diumumkan pada 27 Mei 2024 lalu.
Dianggarkan hampir 300 pelajar PTTI yang menduduki SPM 2023 diraikan dengan keputusan masing-masing.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengulas topik yang cukup hangat ketika ini, Pendidikan Seks untuk anak-anak mendapat sambutan yang cukup panas di ruangan komen Daphne Iking di laman Instagram.
Meminta pendapat netizen sama ada subjek ini harus diwujudkan atau tidak, kata aktres ini, bapanya sering berpesan agar menjauhi seks bebas dan alkohol jika tidak mahu digelar ‘bantanton’ atau perempuan gedik. Ibunya pula lebih terbuka membicarakan soal seks dan menjelaskan seharusnya wanita bersedia secara mental dan fizikal untuk melakukan hubungan tersebut.
Jelas ibu Daphne, kita seharusnya menggunakan terma yang betul seperti zakar, faraj berbanding karipap, burung atau kata rujukan lain supaya kanak-kanak faham apa yang ingin disampaikan.
Menegaskan Pendidikan kurikulum seks dapat mengurangkan kadar hamil luar nikah, STD dan seks luar nikah di kalangan remaja.
Tambahnya lagi, pemikiran remaja belum benar-benar berkembang sebelum menjangkau usia 20 tahun, jadi menjadi tanggungjawab kita mendidik golongan ini sebaik mungkin sebelum terjerumus.
“Gangguan seks tanpa rela juga dapat dikurangkan jika kanak-kanak faham apa sebenarnya sentuhan ‘private part’.
“Saya mengajar anak-anak bahawa bahagian peribadi adalah sulit dan tidak ada orang yang seharusnya menyentuh bahagian tersebut tanpa rela.
“Sekiranya terdapat sentuhan yang membuatkan kanak-kanak tidak selesa, tindakan itu harus dilaporkan kepada orang dewasa yang dipercayai,” jelasnya yang telah mendidik anak-anak sedari usia 2 tahun mengenal sentuhan selamat dan tidak selamat.
Walaupun berbicara mengenai seks dengan anak kelihatan janggal, namun ilmu ini penting untuk proses pembesaran mereka
Rata-rata netizen cukup bersetuju dengan setiap hujah yang dikemukakan dan berharap agar kes salah laku seks di kalangan kanak-kanak dan remaja dapat dikurangkan.
Foto – Instagram Daphne Iking
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ummi Nazeera akui dirinya tidak mahir memasak dan masih dalam proses belajar.
Meski tidak begitu mahir, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah tidak malu untuk mengakui perkara tersebut bersama peminat.
“Tak ada lah baru start belajar, tetapi baru mula belajar resepi memasak lainnya sebab suami saya suka makanan yang sihat.
“Mungkin kerana dia doktor, jadi pastinya suami mahukan menu sihat untuk dijamah. Malah suami siap belikan buku resepi makanan sihat untuk saya.
“Lalu apabila suami makan masakan kita meski mungkin ia tidak berapa sedap, rasa seronok dan puas itu ada.
“Jadi secara tak langsung, ia membuatkan kita punya lebih semangat untuk memasak buat si dia,” katanya jujur.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini mengakui tak perlu rasa malu melainkan tiada rasa untuk mahu terus belajar.
“Saya tak malu kalau orang cakap saya tak pandai masak sebab kita perlu malu kalau kita tak mencuba. Saya tak malu sebab mencuba dan masih lagi belajar.
“Belajar itu adalah satu perkara yang baik. Jadi kenapa malu untuk belajar kan?,” jujur kata Ummi kepada MH.
Ummi berkata demikiancsejurus ditemui MH pada sidang media drama bersiri Suri Katriana yang berlangsung di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti Nazim Othman, Ernie Zakri, Aishah Azman, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.
Suri Katriana bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima & Prima HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri kepada vokalis kumpulan OAG, Radhi iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri yang mengakui penyanyi berkenaan telah pun melafazkan cerai talak satu kepadanya pada 25 Mac lalu mengakui suaminya ada menyampaikan hasrat untuk kembali bersama.
Malah kata Ayu, Radhi menyesali perbuatannya itu sambil mengakui dia terlalu ikutkan perasaan pada waktu melafazkan talak.
Namun memetik laporan mStar, Shahira Ayu atau lebih mesra dipanggil Ayu, 25, nekad dengan keputusan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak tanpa suami.
“Sebenarnya Radhi sudah melafazkan cerai kepada saya pada 25 Mac yang lalu dan hari yang sama tu juga saya tidak lagi tinggal bersamanya di kediaman kami.
“Selepas daripada itu, dia ada juga beberapa kali memujuk untuk kembali bersama tapi sejujurnya saya sudah nekad dengan keputusan ini.
“Jika dia nak rujuk semula, saya tetap tak mahu. Saya mahu meneruskan kehidupan baharu bersama anak-anak tanpa dia,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam perkembangan lain, wanita berusia 25 tahun itu juga turut menjelaskan dia dan Radhi sudah pun memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya 3 Jun lalu.
“Saya dan Radhi sama-sama ke mahkamah pada 3 Jun lalu untuk memfailkan perceraian kami. InsyaAllah dalam masa terdekat ni kami perlu ke mahkamah untuk sebutan perceraian.
“Saya harapkan semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Radhi,” ujarnya.
Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.
Dua orang anak mereka buat masa ini masih berada di bawah penjagaan Ayu dan Radhi sentiasa dibenarkan untuk bertemu dengan mereka pada bila-bila masa.
Sebelum ini Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.
Foto: Instagram Ayu Zahiri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.