Penampilan terkini steri kepada pengacara, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menjadi sorotan di media sosial apabila dipercayai tampil dengan imej tidak bertudung di media sosial.
Menerusi hantaran di Insta Story, Zira dikatakan tidak bertudung dan hanya memakai topi berwarna hitam sambil menikmati minuman di luar negara.
Terdahulu, Zira pernah mengenakan tudung sekitar awal 2021 dan penampilannya yang berhijab menerima reaksi positif warganet.
Untuk rekod, Zira dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Silah Kilauan Emas Meninggal Dunia Pada Usia 63 Tahun, Al-Fatihah
Peserta program Kilauan Emas musim ketiga, Silah atau Silahuddin Ali, menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun akibat COVID-19 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, kira-kira jam 10.20 malam tadi.
Balu Allahyarham, Norasidah Khamis, menjelaskan arwah disahkan positif virus berkenaan pada 4 Mac lalu.
“Pada 9 Mac sebelah malam pula, arwah ditemani saya nekad ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana keadaannya sangat kritikal. Masa itu kami bergerak ke hospital bersama ambulans.
Tahap oksigennya ketika itu pun turun.
“Setibanya di hospital, suami dimasukkan ke wad kecemasan. Kira-kira 15 minit selepas itu, doktor mengambil keputusan untuk menidurkannya. Sebelum itu doktor ada bertanya saya sama ada mahu membiarkan keadaannya seperti biasa atau ditidurkan. Begitu juga tahap kesihatannya.
“Arwah sebelum ini ada sakit buah pinggang tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan batu karang. Keputusan untuk menidurkannya itu yang terbaik supaya tak menyiksa diri.
“Sekitar jam 4 pagi (10 Mac), arwah dipindahkan ke wad pesakit COVID-19. Seterusnya, doktor lakukan dialisis darah pula sebelah tengah hari biarpun dalam keadaan ditidurkan. Itu juga kali pertama suami saya buat dialisis,” katanya.
Menurutnya lagi, sepanjang hari sebelum arwah menutup mata, dia dan anaknya hanya memantau keadaan suami dari kejauhan.
“Sebab situasi semasa COVID-19, wad hospital itu memang tak boleh masuk. Apatah lagi nak jumpa berdepan. Hanya mampu menghubungi pihak hospital beberapa kali untuk mengetahui keadaannya.
“Selepas melakukan dialisis, doktor memaklumkan tahap oksigen kembali okey, cuma buah pinggangnya sudah teruk. Paru-paru pun sama. Pihak hospital cuba sedaya upaya melakukan terbaik demi suami. Tapi sekitar jam 10.20 malam tadi, anak memaklumkan ayah mereka sudah tiada,” katanya.
Jenazah akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Paya Panjang, Bukit Pasir.
Allahyarham meninggalkan sembilan anak dan seorang cucu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kecoh Cerita Orang Minyak Pecah Rumah Di Melaka
Di Melaka baru-baru ini heboh tentang kononnya kediaman beberapa kawasan di negeri itu telah dimasuki oleh orang minyak.
Berita ini telah mula tersebar dan tular di laman Facebook dan Whatsapp yang mendakwa orang minyak ini menjadikan kawasan perumahan di negeri itu sebagai sasaran utama.
Namun Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad telah menafikan berita itu.
Beliau juga telah menasihatkan agar orang ramai mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa dan tidak menyebarkan berita tidak benar ini menjadi tular dan membuatkan ramai orang berasa takut.
“Sekiranya ada tangkapan awam (terhadap penjenayah) perlu dimaklum dan diserah kepada pihak berkuasa tanpa mengambil tindakan sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya lagi, pihak yang menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 211 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam penyebaran berita palsu seumpama ini,” katanya lagi.
Dia berkata lagi jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 serta boleh dipenjara tidak lebih dari satu tahun.
Afzarnizar mengingatkan orang ramai lagi untuk membuat laporan polis di mana-mana balai polis yang berdekatan jika berlaku sebarang perlakuan jenayah di kawasan mereka.
Beliau juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya menyerahkan individu-individu yang ditangkap kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Meninggal Pada Waktu Solat Subuh,” – Kehilangan Ibu Mentua Di Bulan Baik, Feeya Iskandar Sayu
Berbaki beberapa hari sahaja lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, penyampai radio, Feeya Iskandar diuji dengan pemergian ibu mentuanya pada Ahad.
Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun agak perit, dia dan suami tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.
“Ibu mentua saya meninggal pada waktu solat Subuh. Saya dan keluarga sempat mengadapnya ketika dia sedang menghembuskan nafas yang terakhir.
“Arwah pergi dalam keadaan yang sangat tenang, mudah dan pengakhiran yang sangat baik.
“Kita bersyukur dengan amalan arwah di dunia kerana ramai yang datang ziarah,” katanya kepada MH.
Cik Piah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis iftar dan tayangan video raya Suria FM yang berlangsung di Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, penyampai segmen Hello Suria ini menyifatkan ibu mentuanya itu sebagai seorang yang sangat memahami dan menyayangi menantunya seperti anak sendiri.
“Walaupun dia ibu mentua, saya sayang dia seperti ibu sendiri. Sepanjang bergelar menantu, saya tak pernah berbalah dengan arwah.
“Kalau bergaduh dengan suami, dia tak pernah nak masuk campur atau nak menangkan anak dia.
“Walaupun kadang-kadang menantunya bangun lambat, tetap layan dengan baik. Namun, saya juga tahu nak tambat hati mentua sebab tahu saya tak sempurna,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Cik Piah akui pemergian ini sangat memberikan kesan buat suaminya saat ini.
“Suami saya anak bongsu. Jadi, dia memang rapat dan manja dengan ibunya. Kalau dia belikan apa-apa untuk ibu dia, saya tak pernah cemburu.
“Saya nampak dia sedih tapi suami dan adik beradiknya yang lain pun sudah reda. Sedih itu pasti sebab kenangan itu masih ada. Bila teringat mesti kita sebak tapi hidup harus diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, Cik Piah memaklumkan dirinya kini sudah memulakan pekerjaan seperti biasa bagi menjalankan tanggungjawabnya selaku watak utama bagi video raya Suria FM yang berjudul, Suami Raya.
“Saya memang sangat sedih. Luaran memang boleh nampak gelak ketawa. Sepatutnya saya masih bercuti tapi saya tetap ‘on air’ seperti biasa.
“Semuanya sudah selamat dan suami pun beri keizinan semalam. Kita tak boleh fikirkan perasaan kita sahaja dan tetap kena berikan komitmen.
“Ditambah pula saya telah diberikan tanggungjawab untuk membawa watak utama bagi kempen raya Suria FM. Rasa lain kalau saya tak datang. Segalanya sudah disediakan untuk kita,” akhirinya.
Terdahulu, drama pendek, Suami Raya kini sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube Suria FM.
Selain barisan penyampai, karya ini juga turut dibintangi pelakon popular seperti Azlee Senario dan Shuib.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI