Penerbit, Datuk Ayu Puteh, menyuarakan hasrat untuk berkolaborasi dengan pengarah, Syafiq Yusof dalam sebuah filem aksi thriller bertemakan penjara dan banduan.
Selain itu, dia turut mahu menyunting dua atlet Muaythai terkenal, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar dan Mikail Ghazali Zulfikar, sebagai pelakon utama.
Sebab Mahukan 3 Figura Itu
Menurut Ayu, keputusannya untuk memilih Syafiq Yusof adalah kerana pengarah itu mempunyai kepakaran luar biasa dalam menghasilkan filem aksi yang berkualiti.
“Saya suka cara Syafiq mengarah filem aksi. Dia mempunyai kreativiti luar biasa dan tahu bagaimana membentuk jalan cerita yang menarik serta babak aksi yang realistik.
“Setiap filem arahannya ada identiti tersendiri dan sentiasa mendapat sambutan luar biasa daripada penonton. Sebab itu saya rasa dia adalah individu paling sesuai untuk projek ini,” katanya.
Ayu pada masa sama turut yakin Johan dan Mikail bukan sahaja berbakat dalam sukan tempur, tetapi juga mempunyai karisma yang sesuai untuk dibawa ke dunia lakonan.
“Saya mahu elemen aksi dalam filem ini nampak lebih realistik dan bukan sekadar lakonan semata-mata. Johan dan adiknya sudah biasa bertarung di gelanggang sebenar, jadi saya yakin mereka boleh membawa watak dengan penuh kredibiliti,” tambahnya lagi.
Ads
Bina Hubungan Baik dengan Media
Terdahulu, Ayu turut menganjurkan pada majlis berbuka puasa bersama media di Petaling Jaya, baru-baru ini, yabg turut dihadiri anaknya yang juga seorang pelakon, Wanna Ali.
Ayu meluahkan rasa syukur kerana dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan media setiap tahun sempena Ramadan.
“Saya dan Wanna sangat gembira dapat bertemu rakan-rakan media. Pertemuan sebegini sudah menjadi acara wajib setiap tahun.
“Allah memberikan pelbagai dugaan dalam tempoh dua tahun ini tetapi saya percaya Allah Maha Menyayangi.
Ads
“Sentiasa ada rezeki yang diberikan. Sentiasa ada yang menyayangi kami sekeluarga.
“Bagi saya, menghormati dan saling menjaga itu adalah perkara paling penting. Jangan hanya mencari seseorang ketika ada kerja, tetapi melupakan mereka apabila rezeki sudah ada.
“Allah sayang kita semua. Silaturahim juga adalah satu bentuk rezeki,” katanya lagi.
Projek Drama Baharu
Selain filem aksi thriller yang sedang dirancang, Ayu turut mengumumkan projek terbaharunya yang bertemakan badan beruniform.
Ads
Projek ini bakal diterbitkan dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Eidil Putra, Rita Rudaini, Rita Nadira, Akhirin, Zack Zaki, Mustakil Bahadun, dan Nizam Zaidi.
Menariknya, Ayu juga berhasrat untuk menampilkan Khairy Jamaluddin (KJ) sebagai cameo dalam drama tersebut, sekiranya beliau berminat untuk terlibat dalam projek berkenaan.
Di samping itu, kejayaan drama ‘Bukan Sekadar Lafaz 2’ yang mencatat tontonan tinggi di TV3 menjadi satu lagi pencapaian membanggakan bagi syarikat produksinya, Pencil Pictures Sdn Bhd.
Kini, syarikat tersebut sedang menghasilkan drama baharu bertajuk ‘Mawar Dahlia’ yang menampilkan Wanna Alisebagai watak kembar di samping pelakon pendatang baharu, Zack Zaki.
Drama 12 episod ini bakal disiarkan secara eksklusif di platform iQIYI.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
“Pada awalnya saya takut, namun semangat Haris yang membuatkan saya berani ambil cabaran.”
Demikian kata hos dan usahawan popular, Noor Neelofa apabila suaminya yang juga pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berani mengambil risiko dengan membuka cawangan pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur.
Neelofa berkata, dia sedia maklum dengan cabaranperniagaan semasa khususnya dalam bidang pakaian dan fesyen namun bersyukur kerana Haris sedia untuk membantu seterusnya berusaha untuk sama-sama bersaing dalam perniagaan.
“Takut itu memanglah ada. Ia lebih kepada risau sebab kita semua tahu persaingan bisnes kini begitu mencabar, apatah lagi dengan perkembangan perniagaan secara dalam talian dan sebagainya.
“Bagaimanapun saya percaya masih ada yang lebih cenderung untuk ke kedai fizikal untuk membeli-belah dan pada masa sama kita juga mempunyai ‘team’ yang kuat dalam pengurusan bisnes dalam talian.
“InsyaAllah situasi itu seimbang dan apa pun, ia berbalik kepada rezeki. Hariz juga banyak berikan kata semangat dan dia cukup optimis,” katanya.
Malah Neelofa menambah, pembukaan premis yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha itu juga sebagai hadiah buat peminat yang sentiasa memberi sokongan.
“Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif, terutamanya daripada peminat yang tak henti menyokong.
“Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi salah satu hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami. Malah untuk majlis ini pun ada tawaran menarik yang kami berikan,” katanya lagi.
Sementara itu, susulan sambutan baik yang diterima, PU Riz turut memberitahu mereka juga kini dalam perancangan untuk membuka cawangan kedua di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.
“Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, insya-Allah. Pihak kami sedang usahakannya ke arah itu.
“Jadi doa-doakanlah hajat itu dimakbulkan memandangkan ramai juga orang Kelantan yang sukakan produk keluaran kami.
“Tambahan lagi kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik terutamanya seperti baju dan The Kaabah,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Datin Patimah Ismail yang juga ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof memohon supaya dirinya tidak diganggu susulan isu tuntutan cerai menantunya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.
Lapor Harian Metro, Patimah berkata, dia enggan kenyataan yang bakal dikeluarkan akan membuatkan dia pula dihina netizen.
Sebelum ini, Patimah yang juga isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam menjadi perhatian netizen terhadap setiap komen ditulisnya berhubung isu perkahwinan kali kedua anaknya dengan Ira Kazar.
Sejak berita perkahwinan Syamsul dan Ira Kazar di Thailand hangat diperkatakan, Patimah juga didapati meninggalkan beberapa komen di media sosial, terutama membabitkan hantaran dibuat menantunya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Komen Patimah menjadi perhatian dan hangat di portal-portal hiburan kerana kelantangannya mempertahankan Puteri Sarah, sekali gus tindakan itu dianggap netizen amat wajar bagi seorang ibu mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...