Mengungkapkan impian untuk mati syahid sewaktu melaksanakan misi bantuan kemanusiaan, Heliza Helmi mengingatkan diri bahawa kemungkinan untuk kembali ke tanah air dalam keadaan bernyawa sangat tipis.
Malah, perkongsiannya menerusi program bual bicara Malaysia Hari Ini di TV3 baru-baru ini, dia pernah berhadapan dengan situasi gentir, misalnya apabila selaras senapang di bawah dagu.
Menerusi artikel oleh Astro Awani pula, niat mulianya itu bagaimanapun dipandang sinis oleh netizen dan menyifatkan sebagai seorang Islam, adalah tidak baik meminta untuk mati.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang menyokong misi kemanusiaan yang membantu mangsa perang Syria dan berharap agar penyanyi ini dikurniakan pahala dan kebaikan.
Foto – Twitter Astro Awani dan Instagram Heliza Helmi