Aktres senior yang sudah beberapa kali menggondol trofi pelakon wanita terbaik di negara ini, Fauziah Ahmad Daud menitipkan nasihat kepada pelakon baharu yang bercita-cita mahu merangkul trofi Anugerah Akademi atau Oscar agar memperbaiki lakonannya jika mahu impian menjadi kenyataan.
Menurut Fauziah atau yang turut disapa sebagai Ogy, dia melihat segelintir pelakon muda yang sekadar melontarkan dialog, namun belum benar-benar menyelami watak yang dibawa.
“Sebenarnya tidak salah jika kita berfikiran jauh secara global tetapi saya pernah menonton lakonan pelakon ini. Terus terang saya ingin berkata daripada seorang kakak dan seniwati, banyak sangat yang dia harus pelajari.
“Apa yang saya lihat acuan lakonan, apabila anda melafazkan dialog dan bagaimana anda masuk ke dalam watak yang diberikan untuk melontarkan dialog.
“Kalau saya cakap lebih-lebih macam ini pun, pelakon itu mungkin tak faham. Tapi ramai (pelakon) yang hanya melontarkan dialog namun tidak memasuki ke dalam watak itu,” katanya.
Ogy berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Teater Di Sebalik Topeng di Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Fauziah pada masa sama menyarankan mereka berkenaan ‘mencari’ jiwa dalam lakonannya terlebih dulu bagi memantapkan kemahiran dan ilmu pengetahuan sebagai seorang anak seni.
Ads
“Banyak lagi kena belajar, selongkar lagi diri kerana bila mahu masuk ke dalam satu watak, ia bukan hanya melihat pada ciri karakter sahaja tetapi secara keseluruhannya.
“Minda perlu berfikir, jiwa harus ada rasa, pernafasan, pergerakan, rasa tubuhnya semuanya perlu diambil kira. Jadi banyak perkara yang perlu dilakukan bukan hanya berlakon semata-mata,” katanya lagi.
Herion filem Azura ini bagaimana pun tidak pesimis terhadap hasrat tersebut. Malah dia menyokong, sekaligus mencadangkan agar pelakon tersebut terus berusaha bagi membuktikan kepada orang di luar sana bahawa tiada apa yang mustahil.
Ads
“Impian itu gratis (percuma). Tetapi sekiranya itu yang sebenar-benarnya yang adik inginkan, berusaha keras untuk dapatkannya.
“Buktikan kepada netizen yang awak boleh menang anugerah Oscar, insya-Allah tapi kena belajarlah… jangan main asal boleh sahaja.
“Jangan rambut sahaja nak kena cantik, pakai kanta lekap (penampilan diri)… Tidak, lakonan bukan hanya itu (jaga penampilan) sahaja adik. All the best adik,” katanya.
Ads
Fauziah menambah, untuk meraih kejayaan sedemikian, ia memerlukan pengalaman berpuluh tahun dengan mengambil contoh bintang ternama yang sudah meraih Oscar.
“Awak (pelakon) juga perlu ingat Leonardo mengambil masa berpuluh tahun untuk merangkul anugerah Oscar pertamanya. Begitu juga Brad Pitt, Al Pacino dan pelakon negara kita, Michelle Yeoh.
“Mempunyai impian itu adalah bagus saya mengalu-alukan. Jadi jika awak menyimpan impian tersebut, awak perlu buat sesuatu jangan hanya berkata-kata.
“Mulakan cari ilmu di dalam bidang lakonan, barulah awak akan menghargai seni ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Susulan isu pengasas produk yang dikatakan telah melacurkan industri hiburan, pelakon Azhar Sulaiman tampil mempertahankan kehadiran golongan tersebut dalam sama-sama memeriahkan bidang sama.
Menurut Azhar, 51, dia berpendapat golongan pengasas produk turut mempunyai peminat yang sentiasa menanti-nantikan content daripada mereka.
“You all (pengasas produk) bukan perosak. Tapi provider video materials yang orang curious nak tengok dan minat serta follow you all.
“Cantik dan sedap terpulang kepada yang minat. Yang tak minat boleh saja tengok video materials yang skema-skema sahaja.
“Mereka ini orang berniaga, ini cara mereka ‘berniaga’, mesti jadi popular,” tulis Azhar menerusi ruangan komen di Instagram Media Hiburan Official.
Aktor itu meninggalkan komen menerusi posting video MH mengenai respon balas usahawan Datuk Seri Vida mengenai dakwaan penyanyi senior yang menyifatkan kehadiran pengasas produk sebagai perosak industri muzik.
Dalam video itu juga, Vida mengakui suara sedap didengar dan mutu vokalnya semakin baik dari masa ke semasa.
“Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap… dia nyanyi satu lagu lepas itu dah improved. Suara saya pun dah improved.
“Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat spark macam itu tapi saya dapat (sehingga lagu itu menjadi popular) dan lagu ini bukan genre untuk viral, it’s a serious song dan suara saya sedap.
“Tiada orang di Malaysia ada benchmark itu. Ini bukan zaman tok kaduk dah, jangan duduk bawah tempurung… kena buka minda dan menerima benda itu untuk dijadikan pengajaran jika ia baik untuk dicontohi.
“Autotune pun tak kisahlah, (kita) gunalah teknologi yang ada!” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemain bola sepak negara, Syazwan Andik, 24 telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga merupakan personaliti media sosial, Aina Syuhada, 24 pada tanggal 1 Januari lalu.
Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat itu telah berlangsung di Rumah Tamu Datin Hilijah, Kuala Lumpur.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pemain pertahanan pasukan Johor Darul Takzim itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting berasingan, Aina yang juga merupakan bekas peserta top 20 Dewi Remaja 2019 meluahkan rasa syukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan semoga Syazwan dan Aina akan kekal bahagia sampai ke jannah.
Terdahulu, pasangan ini dikhabarkan telah melansungkan majlis pertunangan mereka pada awal minggu lalu.
Sumber: Instagram Syazwan Andik & Aina Shuada
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan aktres dan usahawan, Rozita Che Wan yang turut hadir menyaksikan konsert istimewa Ratu Rock Negara, Ella iaitu Jilid Terakhir: Ella Puteri Kota pada Sabtu malam di Axiata Arena Bukit Jalil menjadi sorotan warganet.
Berkongsi persalinan yang dipakai dalam gaya trench coat serba merah lengkap boot dan topi di Instagram miliknya itu pantas menerima reaksi pelbagai, termasuk daripada rakan selebriti.
Malah ada di antara reaksi yang tinggalkan warganet di ruangan komen entri berkaitan menerima reaksi balas daripada pelakon Kiah Pekasam ini.
Antara yang mencuri tumpuan, ada bertanya sama ada fesyen yang digayakan itu panas atau sebaliknya.
Che Ta menjawab; ‘dak’ (tidak).
Selain itu, terdapat juga peminat yang memuji penampilan Che Ta yang sentiasa ‘memancing’ perhatian ramai.
“Dengan adanya wanita seperti Che Ta mewarnai kehidupan kita. Segak seluloi hangpa no.
“Love teruk.”
“Always cantik… Salam from Indonesia.”
“No syatu sis… terpaling.”
“Che Ta macam anak patung.”
“Gaya Che Ta tak pernah menghampakan. Sentiasa vogue.”
Terdahulu, sebagai simbolik 35 tahun dalam industri muzik, Ella menerusi konsert berkenaan tampil menyampaikan 35 dendangan termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...