
Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa hati dengan perkongsian video sedutan daripada program Meletop yang menyaksikan Micheal Ang sebagai tetamu jemputan.
Seloroh Micheal dalam sesi temubual, dia mengimpikan seorang wanita yang kaya sebagai isteri agar isteri dapat menanggung perbelanjaannya.
Malah jelasnya juga, Datuk Seri Vida sering terjerat dengan lelaki sebegitu.
“ADOIIII MIKE.@michaelang38 .LAWAK KASAR NAMPAK..
Mmg saya selalu terkena dgn lelaki macam SETAN… HANJ,” tulisnya ringkas.
Mmg saya selalu terkena dgn lelaki macam SETAN.. .HANJ.. . . @meletop
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Dec 24, 2019 at 10:07pm PST
Pengarah drama Sweet Dreams ini bagaimanapun turut memberi reaksi dia ruang komen.
‘Love You Dato,” balasnya.
Netizen turut meninggalkan komen dan ada yang mendoakan agar kedua-duanya berpasangan di dunia realiti.
Foto : Instagram Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerap Meragam Di Luar, Umie Aida Punya Cara Tersendiri Bikin Aisya ‘Mesra Alam’

Berada di luar norma rutin bayi yang terpaksa berhadapan dengan bunyi bising dan orang ramai, Datin Seri Umie Aida menjelaskan anak perempuannya, Nur Aisya yang baru berusia tiga bulan sering meragam dan sukar menerima persekitaran baru.
Jelasnya lagi, dia mula membiasakan si comel dengan membawanya ke mana sahaja dan syukur, Aisya sudah mula menunjukkan perubahan positif.
“Dari lahir sampai umur 3 bulan lebih…makan tido makan tido je. Tak jumpa orang langsung. Jadi aisya jenis tak suka bunyi bising atau jumpa orang ramai.
“Bila bawa majlis aisya sudah bikin konsert..suara level celine dion. Aduhhh… ! Bila masuk keta dia akan senyap. Hmmm… payah tu.
“Jadi me telah fikirkan cara nak bagi aisya mesra alam. Me masukkan class little gym.. memang bagus class tu. Pastu me bawa mana saja me pegi.
“Memang pada mulanya aisya akan buat konsert.. tapi lama kelamaan dia sudah mula okay dgn alam sekeliling. Cuma dengan mak cun dia tak berapa ok.. sebab mak cun suka gomol pipi dia,” tulis Umie.
View this post on InstagramA post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on
Netizen turut memberikan reaksi dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Nur Aisya merupakan anak angkat Umie dan suami yang dibela sejak berusia 12 hari.
Sebelum ini, Umie turut membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.
Umie mendirikan rumah tangga bersama suami pada Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Foto : Instagram Umie Aida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Semua Yang Memberikan Kepercayaan & Bantuan…,” – Ana Raffali Selesai Master, Kongsi Foto ‘Selfie’ Di Majlis Konvo

Penyanyi Ana Raffali menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Berita gembira itu dimaklumkan Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali menerusi Instagram.
Menerusi posting sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku itu turut berkongsi swafotonya sewaktu menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada Sabtu.
“Alhamdulillah, syukur saya dianugerahkan Sarjana Pendidikan dalam bidang Teknologi Pengajaran dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
“Terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan dan bantuan sepanjang pengajian saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ana turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong dan membantunya sepanjang pengajian.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira selain mendoakan agar Ana akan terus sukses pada masa akan datang.
Sekadar informasi, nama Ana pernah menjadi perhatian selepas dinobatkan pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku.
Selain itu, Ana juga turut popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Hari Hari Hari Raya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setelah 12 Tahun Baru Hari Ni Saya Pegang Mop,” – Datuk Seri Vida

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) muat naik satu video di laman Instagram menunjukkan dia sedang melakukan kerja mengemop lantai.
Namun apa yang menarik perhatian netizen apabila DSV sendiri mengakui ini adalah pertama kali dia memegang mop selepas 12 tahun.
“Setelah 12 tahun baru hari ini saya pegang mop, betul-betul mop, kemaskan, bersihkan. Bagi petua kat Cik B.
“Saya tak leh tengok bersepah. Nak bersih dan kemas, baru lahir idea,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Dalam video berdurasi 50 saat itu juga menyaksikan DSV kelihatan begitu teruja dapat memegang mop menggunakannya sambil dirakam oleh anaknya, Cik B.
Sementara itu, di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan aksi penyanyi lagu I Am Me itu.
Alahai, MH sendiri turut terhibur dengan rakaman video tersebut. Apa taknya, DSV membuatkan seolah-olah melakukan kerja mengemop itu kelihatan begitu seronok sekali.
Apa-apapun, mungkin akan ada yang buat parodi mengemop selepas ini? Semua gara-gara DSV!
Foto/Instagram: Datuk Seri Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI