Tahun 2023 merupakan titik tolak yang mengubah kehidupanya apabila kisah kecurangan rumahtangga bersama penyanyi tanah seberang, Virgoun hangat diperkatakan di media sosial hingga mendapat liputan meluas hingga ke Malaysia.

Berikutan itu, pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap isterinya, Inara Rusli selepas pendedahan tentang kecuranganya diuar-uarkan secara terbuka. Inara berjaya membongkar kecurangan Virgoun yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan Tenri Anisa.

Berikutan kes tular berhubung rumah tangganya, nama Inara Rusli kini semakin popular hingga menjadi sorotan warganet dan lensa media. Siapa sebenarnya Inara Rusli ini?

Punyai 2.1 Juta Pengikut Di Instagram Sejak Kisah ‘Kecurangan’ Virgoun Tular!

Inara Rusli Bekas Model, Anggota Kumpulan Wanita ‘Seksi’ Sebelum Berhijrah? Inara Rusli Bekas Model, Anggota Kumpulan Wanita ‘Seksi’ Sebelum Berhijrah?

Memiliki sebanyak 2.1 juta pengikut di Instagram, pemilik nama penuh Ina Idola Rusli lahir pada 19 Februari 1993. Sama seperti suaminya, Inara suatu ketika dahulu memulakan kariernya dalam bidang hiburang sebagai seorang penyanyi, dan menganggotai sebuah kumpulan Bexxa pada tahun 2013.

Ads

Bukan sekadar penyanyi, Inara Rusli juga merupakan seorang pelakon di bawah pengurusan SD dan memulakan kariernya membintangi telenovela “Mak Ijah Pengen ke Mekah” terbitan salah sebuah stesen televisyen di sana.

Setelah dua tahun menikah dengan Virgoun, Inara Rusli membuat keputusan untuk berhijrah. Inara khabarnya ingin mendalami ilmu agama dan berhijrah ke arah kebaikan.

Sebelum Berhijrah Inara Bekas Model Seksi

Inara Rusli Bekas Model, Anggota Kumpulan Wanita ‘Seksi’ Sebelum Berhijrah? 

Jika dulu Inara yang merupakan bekas model yang cukup seksi, kini Inara anggun berhijab dan lebih sopan. Namun dahulu Inara pernah membuat keputusan untuk berniqab, namun kini tidak lagi demi kelangsungan kariernya.

Ads

Merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik, Inara sebenarnya lahir dari keluarga berbangsa Cina dari keturunan suku Han di kawasan pegunungan Guangdong, Fujian dan Guangxi di Tiongkok.

Malah, Inara juga berasal dari keluarga yang berpecah belah (broken family). Orang tuanya bercerai ketika usianya masih sangat muda, sehinggakan Inara terpaksa berhadapan dengan kesulitan tersebut, sekaligus menjadikan Inara seorang ibu yang cukup mementingkan institusi kekeluargaan dan kebajikan anak-anaknya.

Walaupun berhadapan dengan dugaan perkahwinannya, Inara dilihat kekal optimis, positif dan ceria menjalani kehidupannya. MH mendoakan semoga Inara terus kuat menghadapi cabaran ini demi anak-anak.

Ads

Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber Foto: Instagram Inara Rusli

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI