Tahun 2018 juga menyaksikan ramai selebriti dunia yang bergelar raja sehari.
Selain kisah cinta dan perkahwinan, paling dinantikan ramai sudah tentulah persalinan kahwin yang dikenakan mereka.
Jadi, MH ‘highlight’kan antara busana kahwin yang paling meletop untuk tahun 2018 ini.
Mana satu yang korang rasa paling ‘win’?
1.Priyanka Chopra
Perkahwinan Priyanka dan pasanganya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Nick Jonas sangat dinanti-nantikan peminat tahun ini. Bukan itu sahaja, dikhabarkan baju kahwin Priyanka juga mengambil masa lebih 10 jam untuk disiapkan.
2. Nadiyah Shahab
Majlis resepsi Nadiyah Shahab dan suami, Ben Ali diibaratkan seperti Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya. Sama cantik dan sama padan!
3. Yuna
Penyanyi, Yuna dapat impian perkahwinan yang diidam-idamkan selama ini. Malah ramai yang memuji busana perkahwinan yang dikenakannya semasa resepsi. Unik habis!
4. Meghan Markle
Ibarat seorang puteri raja, busana kahwin Meghan Markle kelihatan ‘simple’ namun tetap elegan dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.
5. Sasqia Dahuri
Pelakon ini mengejutkan ramai apabila tiba-tiba memuat naik foto sudah berkahwin dengan pasangannya, Asyraff Khan, baru-baru ini.
Namun ramai yang memuji baju kahwinnya yang memang kena dengannya sebagai raja sehari itu.
Foto/Instagram: Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI