Kecoh di media sosial sejak semalam apabila wujud satu akaun di aplikasi sosial, TikTok yang mendedahkan ‘sisi gelap’ lelaki yang didakwa sebagai seorang pelakon.
Apa yang mengejutkan, akaun TikTok berkenaan yang turut menggunakan nama lelaki itu mendakwa dia sedang mengandungkan anak aktor tersebut.
Bukan itu saja, individu terbabit juga mendakwa aktor itu tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang sudah terjadi.
Lalu, pelbagai reaksi telah diberikan warganet menerusi ruangan komen setiap hantaran yang dimuat naik menerusi akaun terbabit.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan tersebut sahih atau sebaliknya.
Malah, akaun itu pun tidak pula menggunakan nama betul sebaliknya hanya gunakan nama aktor tersebut sebagai nama akaun TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Najib Menyanyi…Netizen Kata “Malu Apa Bossku”!
Kata Datuk Seri Najib menerusi laman Twitter, Anugerah Juara Lagu juga sudah mula menyebut Malu Apa Bossku.
Gembira tagline tersebut tersebar luas, Najib sekali lagi mencipta trending apabila menulis kembali lirik Haram di laman Twitter sambil memuatnaik gambar Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.
“Salam 1Malaysia ! ?
“Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu
Kita saja tahu
Ternyata benar benar kali ini
Memilih kamu
Mencintai aku.”
Salam 1Malaysia ! ?
Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu
Kita saja tahu
Ternyata benar benar kali ini
Memilih kamu
Mencintai aku pic.twitter.com/PLoYZtz5KS— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 4, 2019
Terhibur dengan sikap Ahli Parlimen Pekan ini, netizen menyarankan Najib terus mendekati rakyat dengan gaya yang lebih santai.
“Bossku buat je ape bossku suka.. Asyik fikir negara serabut kpala.. Sesekali jadi lh pmimpin bjiwa rakyat.. Bru lh faham dunia rakyat kt luar mcm mna.. Nk kata bodek ke apa.. Lantak lh… Nyanyi lg bossku..”
Malah, ramai yang tidak menyangka, ahli politik masih mempunyai masa untuk menonton AJL.
Lebih lucu, netizen turut menyarankan agar bekas Perdana Menteri ini turut menyanyikan lagu Linkin Park.
Timbul pelbagai reaksi apabila lirik itu dikatakan bertujuan untuk menyindir sesetengah pihak. Macam-macam netizen ni.
Foto – Twitter Najib Tun Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Buat Cincin Kahwin Balik Since Semua Dah Naik,” – Yang Lama Tak Muat, Amy Search & Isteri Sarung Yang Baru Pula
Penyanyi rock negara, Amy Search memberikan dedikasi kepada isteri tercinta, Norhasniza Hassan atau sinonim dengan gelaran Qasander bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-16 tahun.
Popular dengan lagu Isabella, Amy bersyukur kerana ikatan perkahwinan yang dibina bersama sangat bahagia dan gembira.
“Alhamdulillah… Happy 16 Anniversary sayang. 16 thn dh pelayaran kita dn dh jauh rupa nya kita dh belayar. Mata mu bagaikn, mata angin mencari arah.
“Mata mu rindu yg meminta, Menyeru angin melayar kan bahtera. Kita lalui permulaan pelayaran yg penuh bergelora hnya utk kamu memahami diri aku.
“Kita selalu berdoakn kebahgian yg kita impikan. Sentiasa berbesar hati dgn dugaan kerna ada kebahgian di balik dugaan itu.
“Kita ke lautan dlm, kita ke puncak gunung, kita ke gurun dn kita terbang di awan, seperti bulan madu di awan biru. Semua itu bagai sebuah syair yg aku lagu. Tkasih kerna melukiskan secantik mungkin buat hari2 indah ini. I love U sayang,”tulisnya sambil disertakan beberapa keping gambar bersama.
View this post on InstagramA post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on
Sementara itu, menerusi Insta Stories Qasander, dia memaklumkan bahawa mereka membeli sebentuk cincin selepas 16 tahun perkahwinan kerana masing-masing akui fizikal badan sudah berubah.
Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 15, Sania Samara, 14 dan Qaqa At-Tameemi, 10.
Bagaimanapun, pasangan ini tidak berkesempatan menimang cahaya mata keempat apabila Qasander dikhabar alami keguguran Julai tahun lalu.
Foto : IG Qasander
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Melihat Kau Hari-Hari Berdarah,” – Zarina Zainuddin Sebak Lihat Keadaan Azil, Tetap Cuba Patuhi PKP
Pelakon senior, Zarina Zainuddin berkongsi keadaan anaknya yang menghidap autisme, Muhammad Razil Azrai atau sinonim disapa Azil yang kelihatan cedera dengan lelehan darah keluar daripada hidung.
Menurut penjelasan, Azil dikatakan mahu keluar ke kedai selepas pulang ke rumah.
“Ya Allah anakku azil ibu tak boleh keluar sehari sampai 3 kali ke kedai nak. Melihat kau hari hari berdarah tak sanggup ibu tengok.
“Ibu cuba gembirakan hati ibu yang luluh ini melihat kau begini hari2 semuga Allah melindingimu selalu nak,” luahnya.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Walau bagaimanapun, ada netizen yang mencadangkan agar pelakon itu meminta kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa memandangkan telah keluar kerajaan telah memberi pelepasan khusus buat anak-anak istimewa.
Terdahulu, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kelonggaran diberikan kepada golongan autism dan OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar namun tidak dibenarkan secara berkumpulan.
Foto : Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI