Pembantu peribadi kepada selebriti dan usahawan, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah pun berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular melibatkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.
Nadiah berkata, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.
“Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita tersebut menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.
“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya.
“Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya,” katanya.
Menurut Nadiah, dia tidak mengenali wanita terbabit apatah lagi bertemu.
Ads
“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya.
“Cuma apa yang penting saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz,” katanya.
Terdahulu Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.
Ads
Nadiah menerusi Instagram Story miliknya telah memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan agar tampil membantu pihaknya mengesan individu terbabit.
Sebelum ini, satu akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 didakwa telah memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan sedang berubat.
Menerusi perbualan itu juga mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun tunangnya atas tujuan tertentu.
Ads
Selain pada masa sama, mendakwa pasangan itu sudah berkahwin di Kelantan.
Bagaimanapun Neelofa tampil menerusi satu kenyataan menyangkal tuduhan tidak tepat serta dianggap menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.
Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi senior, Aishah menyifatkan dirinya akan berhenti daripada penglibatan di dalam industri seni selepas segala hajat dan impiannya tercapai.
Jelas Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, buat masa ini dia tidak mahu menghirau komen-komen negatif segelintir pihak, sebaliknya hanya akan memberikan sepenuh tumpuan buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Life must go on, buat sementara ini I akan terus berkarya dan menyanyi. Harapan I di masa taklah lama lagi I akan dapat laksanakan impian-impian I yang belum tercapai.
“Yang sakit sangat hati dengan kehadiran I dalam industri ini jangan risau, I wont be here forever. Ada beberapa perkara yang I terpaksa lunaskan sebelum berundur diri,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Aishah turut menambah, sebagai seorang penyanyi niatnya hanyalah untuk menghiburkan hati diri sendiri serta para pendengar dan bukanlah untuk menyebarkan kebencian.
“Berkarya hanya bila ianya menyenangkan dan menghiburkan hati. Seni muzik halwa telinga sepatutnya memberikan kegembiraan kepada yang mendengar.
“Tujuan dan definasi lagu itu ialah irama yg menyampaikan cerita. Jangan dicemari keindahan seni itu dgn hati yang kusam dan kosong itu. Jaga diri semua,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Aishah supaya tidak mengendahkan komen-komen negatif tersebut.
Baru-baru ini, Aishah merupakan antara finalis di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL) menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sumber: Instagram Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Laman media sosial kini menjadi peranan besar dalam kehidupan, malah dalam mencari rezeki.
Lalu tidak hairan andai kini peniaga online turut menjadikan Instagram sebagai perantara dalam promosikan produk jualan masing-masing.
Menyedari akan hakikat itu, Shaheizy Sam atau sinonim dengan panggilan Sam ada berbesar hati untuk melakukan reviu percuma kepada peniaga dalam talian.
Lalu, hero filem Pinjamkan Hatiku Ini ada naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Sam akui dia menerima banyak ‘direct message’ daripada peniaga yang memohon bantuan untuk promosikan perniagaan mereka.
“FREE IG REVIEW/PROMO!!! Hantarkan barang bersama dengan details korang kat A-11A, Taipan Damansara 1, Jalan PJU 1A/3J, Ara Damansara, 47500 Petaling Jaya, Selangor sebelum hari Sabtu (27/7/19).
“Items yang legal, bukan yang pelik2, ok?Jangan la suruh review/promote bom tangan, syabu atau bitcoin plak.
“Semoga Allah permudahkan perniagaan dan limpah ruahkan rezeki anda semua. Amin,” tulisnya.
Menjadi salah seorang tetamu menerusi segmen Johara Pagi Era baru-baru ini, Neelofa ada berkongsi cerita mengenai kehidupannya pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki minggu ketiga penguatkuasaan.
Di samping itu, bekas pengacara rancangan MeleTOP antara lain turut berkongsi mengenai perancangan terkininya dalam melebarkan sayap seni di Indonesia.
Bagaimanapun, hal tersebut terpaksa ditunda ke tarikh lain atas situasi terkini yang melanda ketika ini.
“Sepatutnya bulan ini sudah mulai penggambaran filem, projek pertama saya.
“Selepas itu, rasanya ia tak akan terjadi dalam masa terdekat,” jelasnya.
Paling mencuri tumpuan, segmen yang dikenalikan Ray dan Haniff itu sempat bercerita mengenai majlis kahwin dan ia turut disambut usahawan asal Kelantan itu.
“Kan diaorang suruh cancel semua wedding semua event, i baru nak kahwin,” seloroh Neelofa selepas ditanya sama ada mahu kahwin atau sebaliknya.
“Neelofa @neelofa kata baru nak kahwin tapi kena cancel plan dia sebab #Covid19. Cantik Neelofa walaupun #dudukrumah, siap bersiap lagi nak video call dengan #JoHaRa.
“Korang tengok part last Johan cakap Itali tu, pecah wei #sharERA #kekaltenang #hapusCovid19,” tulis admin pada kapsyen IG TV yang dilampirkan pula.
Pada masa sama, Neelofa turut merakamkan rasa teruja apabila program ‘Live IG’ kendaliannya, #BerseoranganBersama bakal disertai seorang pereka fesyen ternama dunia untuk berkongsi situasi serta perkembangan fesyen semasa tidak lama lagi.
Video: Instagram Era.je
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...