Individu yang didakwa telah memfitnah pelakon Puteri Sarah Liyana tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada aktres itu pada malam Isnin.
Kenyataan maaf itu dikongsikan Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, menerusi IG Story.
Dalam kenyataan itu, individu berkenaan berkata dia telah menerima surat LOD (Letter of Demand) yang menuntutnya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka gara-gara komen yang ditulisnya mengenai Sarah.
“Di sini, saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan posting IG saya pada 17.7. 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau.
“Saya telah dapat surat LOD yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarga.
“Saya minta maaf sekali lagi kepada Puteri Sarah dan keluarga beliau yang berasa terkesan dan terasa hati dengan posting-posting IG Story saya.
“Saya doakan semoga Puteri Sarah diberikan ketenangan dan kebahagiaan. Semoga segala urusan dipermudahkan, InsyaAllah, terima kasih,” tulis individu berkenaan.
Sarah kemudiannya turut memberi respon dengan menulis, “Permohonan maaf secara terbuka daripada pihak sana. TQ very much.”
Terdahulu, Sarah telah mengambil tindakan undang-undang terhdap seorang individu yang didakwa telah menabur fitnah ke atas dirinya berhubung isu melibatkan rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.
Sarah mengemukakan notis saman tersebut menerusi peguamnya, Natasha Basheer & Associates.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana