Penyanyi, Nabila Razali ada meluahkan rasa menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut Nabila, dalam dunia ini, kita harus menerima hakikat bahawa tidak semua orang boleh terima dan begitu juga sebaliknya.
“Bad news is: You cannot make people like, love, understand, accept or be nice to you.
“Good news is: It doesn’t matter,” tulisnya.
Entri berkenaan turut disertakan dengan tanda pagar #KeepShiningYourWay dan #Spreadpositivity.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat Nabila supaya tidak menghiraukan komen-komen negatif tersebut.
Kenyataan tersebut nyata mendapat reaksi bercampur baur di kalangan netizen selepas ramai yang menyifatkan citarasa setiap orang adalah berbeza.
“Sedap. Tapi malangnya, bila dengar artis lain cover lagu ni, kita akan rasa kenapa tak bagi lagu ni dekat diorang je,” tulis individu tersebut.
Terdahulu, lagu Peluang Kedua ciptaan sepenuhnya Hael Husaini telah pun mencecah angka tiga juta tontonan di laman Youtube tidak sampai seminggu ia dimuat naik.
Sumber: Instagram Nabila Razali