Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mendedahkan dirinya ada menerima kata berbaur sindiran daripada seorang individu berhubung karier seninya kini.

Dalam tangkap layar dimuat naik, individu berkenaan menempelaknya dengan mengatakan Mila berniaga Nasi Arab selepas kerjaya nyanyiannya tidak menjadi.

“Ko tak laku nyanyi, ko jual nasi arab pulak,” tulis individu tersebut.

Lalu, Mila telah meluahkan rasanya menerusi ruangan kapsyen pada satu posting terkininya di Instagram.

Jelas pemilik nama lengkap Nursyarmilla Jirin ini, dia tidak lagi bergiat aktif dalam nyanyian kerana beri fokus terhadap perniagaan yang diusahakan.

“Tengah reply DM…Terselit 1 DM ni. Kenapa ada juga MANUSIA yang suka BERKATA KATA tidak baik pada sesama MANUSIA?

“Apa salah saya jual NASI ARAB??? Saya IKHLAS berniaga kerana ALLAH.

Ads

“Ini IKHTIAR yang kami lakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan PARA PEKERJA KAMI KEKAL PUNYA PEKERJAAN DAN GAJI,” tulisnya.

Juara Akademi Fantasia kelima ini juga menambah, apa yang berlaku juga adalah atas izinNya.

“Awak yang menulis. Saya MALAS nak mention nama awak disini. Saya MEMANG DAH LAMAAAAAA tak menyanyi. Bukan sebab TAK LAKU tapi sebab ALLAH TAK IZINKAN.

“Fahami KONSEP “Sesuatu BERLAKU atas keizinan ALLAH” bukan atas kita MANUSIA. Hatta awak sendiri pun tak ada KUASA nak tentukan apa jua REZEKI AWAK HARI INI.

Ads

“Jadi MANUSIA penuh dengan KASIH SAYANG BANTU MEMBANTU sesama kita. Tak boleh bantu sahabat2 kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat. Andai kudrat pun tak mampu, bantu secara sokongan moral.

“Saya BERSYUKUR walaupun tak LAKU dalam dunia seni saya YAKIN. Perancangan ALLAH maha hebat. Ada sebab musabab ianya berlaku,” tulisnya lagi.

Malah meski menerima kata sindiran sedemikian, Mila tetap memaafkan tindakan individu berkenaan.

Ads

“Maaf saya sedikit tersentuh dengan komen awak. Saya cuma FIKIR, apa tujuan awak DM macam tu.

“Saya MAAFKAN awak. Mungkin awak NAIF. Hampir setahun Allah uji kami insan insan yang berniaga, tapi kami tak akan pernah putus harap. Sebab kami yakin PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT…,” jelas Mila optimis.

Individu Tempelak Mila Jirin Konon Menyanyi Tak Laku, Terus Jual Nasi Arab, Ini Bidas Tuan Badan – “Maaf Saya Sedikit Tersentuh Dengan Komen Awak.

Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi peminat malah ada yang meminta Mila untuk terus kuat semangat dan bersabar.

Individu Tempelak Mila Jirin Konon Menyanyi Tak Laku, Terus Jual Nasi Arab, Ini Bidas Tuan Badan – “Maaf Saya Sedikit Tersentuh Dengan Komen Awak. Individu Tempelak Mila Jirin Konon Menyanyi Tak Laku, Terus Jual Nasi Arab, Ini Bidas Tuan Badan – “Maaf Saya Sedikit Tersentuh Dengan Komen Awak.

Foto: Instagram Mila Jirin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI