Pelawak, Shahrol Shiro tampil memberikan pandangannya berhubung isu hangat melibatkan sebuah program temu bual yang membicarakan mengenai pengalaman selebriti jemputan yang mencetuskan viral baru-baru ini.
Jelas Shahrol, mengikut pandangan peribadinya, para selebriti hanya menjawab soalan yang diberikan manakala pihak produksi pula adalah pihak yang bertanggungjawab menapis segala kandungan-kandungan yang tidak sepatutnya.
“Inikah kualiti program komedi di Malaysia?Maaf bukan nak merendahkan lagi dan cuba mencari perhatian. Hari ini kecoh lagi sebuah program komedi talkshow dan perbualan mereka menyinggung individu lain apabila isu ‘Rogol’ yang diulas.
“Secara pandangan peribadi, artis hanya menjawab soalan yang diberikan. Mungkin kesalahannya adalah mengupas isu tersebut lebih mendalam meskipun ianya soalan spontan dari host.
“Tapi kuasa siapa untuk melepaskan perbualan tersebut? Jika ianya adalah sebuah rancangan yang direkod ianya adalah tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya live pihak produksi juga berkuasa untuk censored bahagian tersebut,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Ustaz Mu Tunggu Aku Datang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shahrol turut menambah, kejadian seumpama itu pernah terjadi sewaktu dia bersama kumpulan Shiro di program, Maharaja Lawak Mega 2012.
“Bagi tidak lebih mengarut dan keterlaluan sebab itu host rancangan memakai earpiece supaya produksi dpt berhubung terus dengan pengacara jika ianya sensitif.
“Maaf.. Bukan nak perhatian tetapi isu ini dekat dengan sy kerana dalam sejarah MLM kami adalah satunya kumpulan yg disaman oleh MCMC kerana menyebut perkataan “ROGOL” sewaktu MLM 2012 dan sepatutnya sejarah tersebut dapat menjadi pengajaran buat pihak produksi,” kongsinya lagi.
Malah, Shahrol juga turut merasakan kesalahan tersebut tidak seharusnya diletakkan di bahu para selebriti sahaja sebaliknya pihak produksi harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu tersebut.
“Perkara telahpun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yg menanggung segalanya,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI