Tampil dengan imej berhijab sejak Februari tahun lalu, pelakon Aishah Azman mengakui peluang tawaran berlakon yang datang padanya kini semakin terhad.
Menurut pemilik nama sebenar Nor Aishah Afika Azman Shah ini, dia menaruh harapan sekiranya pihak penerbit dan pengarah tidak mengehadkan kriteria watak utama atau lebih mencabar untuk pelakon bertudung.
“Bertudung bukan alasan seseorang yang melakukan penghijrahan sudah tidak lagi boleh berlakon. Asalkan watak jahat kena pakai skirt pendek. Itu hanya mentaliti segelintir masyarakat kita.
“Saya fikir, ada pihak stesen televisyen mungkin bimbang untuk melawan mentaliti sebegini. Mungkin pengarah pula tidak berani dan khuatir sekiranya naskhah dihasilkan mereka dikecam.
“Industri perlu berbuat sesuatu, bertudung bukanlah alasan seorang pelakon berhijab tidak lagi boleh berlakon.
Ads
“Ramai artis kita bertudung tetapi masih relevan dalam industri seperti Erra Fazira dan Mira Filzah,” katanya kepada MH.
Mengakui pernah ditawarkan watak tidak bertudung selepas penghijrahannya, Aishah berkata dia diberikan pilihan sama ada untuk membuka tudung atau menggenakan rambut palsu dalam naskhah tersebut.
Namun, pelakon berusia 26 tahun ini berkata dia terpaksa menolak tawaran tersebut walaupun mempunyai alternatif memakai rambut palsu kerana hukumnya tetap haram dari segi agama.
Ads
“Saya bukanlah jenis pakai tudung labuh atau berhijab mengikut ciri Muslimah terlalu drastik, tetapi sekiranya komitmen kerja menuntut pakai rambut palsu, saya kena tolak.
“Apabila merujuk ustaz mengenai hukum rambut palsu adalah dilarang untuk wanita Islam dengan sengaja kerana ia menyerupai rambut asli. Saya terus menolak, haram tetap haram,” jelasnya.
Ads
Dalam perkembangan terbaharu, Aishah kini sibuk di lokasi penggambaran supertelefilem seram, Bangkitkan Aku Kembali yang bertempat di sekitar Baling dan Jitra, Kedah.
Selain Aishah, karya itu turut dibintangi Amy Nur Tinie, Jay Iswazir dan Adam Corrie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aishah Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio dan hos, Fizi Ali ada berkongsi foto anaknya, Ameena Sofia menerusi Instagram sambil berkongsi rutin hariannya sejak bergelar bapa kepada seoranf cahaya mata.
Kongsi Fizi, semenjak anaknya dilahirkan lebih tiga bulan lalu, fikirannya asyik terfikir soal anak hingga ada ketika tidak bertanya khabar mengenai isteri sendiri.
“Bila ada anak ni lain rasanya…dulu habis kerja lepak sana sini..petang baru balik..sekarang ni habis je kerja benda pertama pikir nak balik jumpa anak.
“Tapi kadang2 kesian jugak kat sis killa..asyik tanya pasal anak je..pasal dia tak tanya pun…memang biasa ehh macam tu,” tulisnya di Instagram.
Lalu, rata-rata peminat memberikan reaksi yang pelbagai. Ada yang membayangkan ia suatu yang normal bagi individu yang baru bergelar bapa.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada pada 18 Februari 2018.
Foto: Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke sepuluh atau All Stars Gegar Vaganza (GV10) kini kembali sekaligus memulakan saingannya bermula 24 September depan.
Lebih istimewa, edisi kali ini menampil 10 bekas juara dari musim pertama hingga kesembilan.
Barisan bintang yang akan kembali bertanding adalah Ayai, Siti Nordiana, Azharina, Naqiu dan Hardy Mirza.
Turut sama bersaing bagi merebut gelaran juara kali ini termasuk Noryn Aziz, Datuk Aishah, Cliff Umar, Aliff Aziz serta Jaclyn Victor.
Sementara itu lima peserta pilihan yang terdiri pemenang tempat kedua ketiga dan keempat juga disenaraikan menerusi kerusi ‘hot seat’.
Bagaiamanapun hanya empat yang terpilih akan bertanding di pentas GV10 bersama sepuluh peserta lain yang akan akan dipilih berdasarkan undian penonton.
Sama sebelum musim terdahulu, barisan juri ialah maestro muzik Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
‘All Stars Gegar Vaganza’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.
Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu rakaman video pendek yang merakamkan gelagat spontan rapper, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan yang kelihatan agak takut-takut apabila menerima prosedur suntikan di sebuah pusat perubatan mendapat perhatian netizen.
Menerusi perbualan di antaranya bersama juru rawat yang mahu menyuntiknya, MK memberitahu dia risau kerana bakal disuntik.
Malah, sempat bertanya sama ada dia menyakitkan atau sebaliknya.
Gelagat bintang yang menjadi pujaan gadis itu nyata menghiburkan dan menerusi ruangan komen di video yang dikongsikan itu, netizen memberikan reaksi yang pelbagai.
Saksikan rakaman videonya di sini;
Video: YouTube Kirana Official
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!