Pempengaruh media sosial, Nur Amalina Jasmin mengakui dia pernah berdepan masalah jerawat yang sangat serius dan kulit muka breakout sekali gus menyebabkan keyakinannya berkurangan.
Nur Amalina mula dikenali di media sosial apabila salah satu videonya yang menggayakan busana sebuah jenama menjadi viral di TikTok.
Tingkat Keyakinan Diri
“Saya antara pempengaruh yang mempromosikan pelbagai jenama dalam bidang fesyen dan kecantikan. Video pertama saya, saya pernah kena body shaming.
“Orang cakap saya terlalu konfiden walaupun badan besar. Daripada kritikan yang saya dapat, saya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk terus yakin dan beri inspirasi kepada orang.
“Kalau tanya saya sedih ataupun tidak? Semestinya sedih pada awalnya. Namun, saya kena hadap sebab ini pilihan saya untuk tonjolkan diri kepada khalayak umum.
“Konten ‘fyp’ kita tak boleh jangka. Saya perlu jalani kehidupan seperti biasa,” katanya yang turut mengakui akan kepentingan penjagaan kulit wajah demi keyakinan diri.
“Saya percaya, bila seseorang itu sedang berhadapan dengan masalah kulit, ia boleh membuatkan diri rasa stres. Misalnya bila wajah ‘breakout’ saya tak boleh mengenakan solekan.
Ads
“Mujur saya buat konten fesyen juga. Kalau ada hari muka saya seperti tak berapa baik, saya akan berhenti buat review produk kecantikan. Saya fokus buat konten fesyen dahulu,” katanya lagi.
Dia pada masa sama tidak kisah berbelanja lebih untuk membeli produk penjagaan kulit.
“Produk untuk menjaga kulit muka selalunya tahan lama. Saya akan berhabis dalam RM200 hingga RM300 sebulan. Kita semua kena jaga penampilan dan perlu tunjuk keyakinan diri.
“Semua orang boleh cantik dan perlu berusaha menjadi cantik,” katanya yang turut menjelaskan keluarga menjadi sumber kekuatannya terhadap apa yang dilakukan ketika ini.
Amalina yang ditemui selepas majlis ‘Pastels Community Get-Together’ di Cyberjaya, baru-baru ini.
Ads
Keperluan Penjagaan Kulit
Sementara itu, pengasas The Pastels Shop, Sarini Zainal berkata, acara berkenaan diadakan sebagai meraikan pencapaian terbesar pertumbuhan jenama itu.
Selain itu, pihaknya optimis di dalam memperkasakan pengguna melalui pendidikan dan ketelusan dalam penjagaan kulit terutamanya dalam mengetengahkan dua produk terbaik jenama mereka iaitu Invisible Sunscreen dan Bakuchiol Solution.
Invisible Sunscreen, produk yang diformulasi dengan bahan berasaskan air dan mesra wuduk misalnya, sukses meraih populariti luar biasa dan viral di TikTok dengan lebih250,000 ribu unit jualan.
Kejayaan ini mencerminkan pemahaman The Pastels Shop terhadap keperluan penjagaan kulit pengguna Malaysia.
Ads
“Selama bertahun-tahun, ramai di antara kita yang menggunakan produk penjagaan kulit yang direka untuk iklim luar negara sehingga mendapati ia terlalu berminyak, mengeringkan atau terlalu berbau.
“Jadi seebagai jenama tempatan, kami menangani cabaran ini dengan menghasilkan produk yang disesuaikan dengan iklim dan cita rasa pengguna dengan harga mampu milik bermula dari RM8.90 hingga RM89,” katanya.
Sebagai graduan kejuruteraan kimia dan biologi dari Korea University, Sarini bertekad untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai jenama penjagaan kulit tempatan.
“Kami membina kepercayaan dan keyakinan terhadap keselamatan serta kualiti formulasi kami dan Pastels Community adalah platform media sosial yang menjadi medium saya berkongsi tips kecantikan dan nasihat penjagaan kulit.
“Saya berharap Pastels Community yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan ini menjadi pempengaruh dalam menyebarkan ilmu kecantikan dan produk yang selamat kepada masyarakat,” katanya.
Dia pada masa sama turut bercadang menubuhkan The Pastels Shop selain mempelbagaikan aktiviti Pastels Community seperti percubaan produk baharu, lawatan kilang dan makmal serta melibatkan komuniti luar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Ya, dah tujuh tahun berkahwin dan kenal, pejam-celik dah tujuh tahun.
“Macam Awal sendiri, as long as dia less than 10 years, benda tu masih baru lagi sebab kita tengok ramai kawan-kawan saya yang dah lebih 15 tahun, 10 tahun kahwin, dan Awal rasa untuk capai angka 10 tahun tu dia macam masih lagi dalam proses saling mengenali,” kongsinya kepada MH.
Di samping itu, Scha juga turut berkongsi rasa gembira dan syukur apabila mahligai yang dibina bersama Awal tetap harmoni dan utuh.
“Orang kata bila dah tujuh tahun ni adalah tujuh tahun yang banyak kemaafan, banyak pelajaran, banyak suka duka.
Kiranya ia adalah tujuh tahun yang penuh suka duka,” kongsi Scha jujur.
Pada masa sama, pasangan selebriti ini turut berkongsi tips kekal bahagia dalam rumah tangga.
“Bagi saya, kita kena sentiasa belajar untuk give and take dan jangan expect banyak-banyak dalam rumah tangga.
“Usah terlalu mengharap partner anda untuk berubah sebab kita yang kena terima mereka seadanya, tapi kalau nak ubah tu boleh tapi untuk arah kebaikan mengapa tidak kan?
“Tapi jangan pressure pasangan anda, dan jangan cuba ubah pasangan kita.
“Harus saling memaafi antara satu sama lain, daripada situ kita akan belajar untuk menjadi lebih baik,” kongsi mereka lagi.
Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Lara Alana, 5 tahun.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Scha dan Awal telah hadir ke program Finale Lagu Cinta Kita yang merupakan sebuah program realiti nyanyian anjuran TV3 dan telah berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, petang semalam.
Terdahulu, pasangan sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Lara Alana.
Genap mencecah usia 49 tahun pada Khamis (9 Februari), penyanyi dan pelakon, Erra Fazira menyahut cabaran mencuba tugasan baharu iaitu bergelar penyampai radio Sinar FM.
Bergandingan dengan deejay Faliq Hikyle serta Hefny Sahad, Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek berkata dia teruja diberi kesempatan bergelar penyampai radio, menambahkan lagi resume kerjaya seninya yang telah bergiat aktif sejak lebih 30 tahun dahulu.
“Kalau berlakon dan menyanyi dah bertahun, Alhamdulillah.
“Bila diberi peluang untuk jadi penyampai radio, task serta cabaran dia baharu.. Tapi sebenarnya, hakikatnya seronok juga jadi penyampai radio ni.
“Pencapaian baru yang terindah buat saya,” kata Erra menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di Instagram Sinar FM.
Sementara itu, ibu kepada Engku Aleesya, 14, itu juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua peminat yang telah mengirimkan doa serta hadiah sempena ulang tahun kelahirannya.
“Alhamdulillah, hari jadi yang sangat bermakna buat saya bersama keluarga baharu dalam Sinar.
“Tak sangka orang bagi hadiah, bunga, kek dan kopi dan doa daripada Sinarians (pendengar Sinar FM) semua.
“Terima kasih banyak-banyak, semoga doakan yang terbaik buat saya dunia akhirat,” kata Erra.
Untuk info, Erra pernah memenangi gelaran Miss World Malaysia 1992 sebelum disambar penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi filem Sembilu yang menjadi fenomena pada zaman 90-an.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad kecewa dengan sikap segelintir pihak yang mengecamnya disebabkan dia kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menurut Uyaina, keberadaannya di Los Angeles adalah disebabkan urusan kerja dan bukannya untuk bercuti.
“Saya terima banyak tomahan disebabkan perjalanan saya ke Amerika Syarikat sebab saya lantang tentang Palestin.
“Saya sudah berada di sini hampir dua minggu sebaik sahaja ke Cappadocia. Saya juga tidak memuat naik sebarang hantaran termasuk soal kerja.
“Saya nak tanya satu perkara, korang tak kerja ke sekarang disebabkan terlalu lantang berkenaan Palestin? Ini merupakan kerja saya untuk memuat naik hantaran di media sosial,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, sepanjang berada di sana, dia juga bimbang tentang keselamatannya lebih-lebih lagi selepas videonya berkaitan Palestin tular di media sosial.
“Pertama sekali, saya amat bimbangkan keselamatan saya terutama sekali tentang Amerika Syarikat dan Islamofobia.
“Saya memang sangat risau sebab orang sangat mudah nak mengenalpasti agama saya kerana berhijab.
“Kedua, saya faham ramai yang akan mengecam saya kerana pergi ke US yang merupakan sekutu Israel.
“Anda tak tahu berapa banyak jenama yang saya telah tolak disebabkan mereka sokong Israel.
“Ada yang saya dah shoot. Tinggal nak post je. Saya tarik diri. Saya tanggung kerugian sendiri. Tak mengapa,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dirinya telah ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk di soal siasat
“Itu belum cerita macam mana marshall tahan dan soal siasat saya. Mungkin disebabkan saya berhijab dan pakaian bertutup atas bawah. Mereka ingat saya orang Arab.
“Tapi masa saya ditahan US Marshall, rasa jantung jatuh ke lantai woo. Orangnya besar. Lepas tu tengok atas bawah. Seram.
“Syukur Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Syukur Ya Allah. Dalam hati waktu tu ‘Ya Allah cepat la nak balik Malaysia. Cepat lah’,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Uyaina memaklumkan dirinya telah membatalkan perjalanannya ke New York sebagai langkah berjaga-jaga.
“Saya sepatutnya ke New York selepas Los Angeles tapi saya putuskan untuk pendekkan perjalanan. Jadi, saya batalkan hasrat ke New York.
“Entah lah. Ada rasa yang tak best pasal New York. Firasat saya kata jangan pergi. Jadi, saya tukar tiket penerbangan pada saat akhir,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wakil Malaysia di pertandingan Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran, berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kemenangannya bagai sudah boleh dijangka sejak awal pertandingan lagi.Menampilkan prestasi...