Biarpun sudah beberapa kali menerima desakan untuk mendedahkan identiti, pempengaruh, AZ Pemurah bagaimanapun memilih untuk terus menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni golongan yang memerlukan.
Kongsi AZ Pemurah, dia lebih senang dengan menyembunyi identiti kerana takut jika perasaan riak dan takbur mula menguasai diri sendiri kerana suka dengan perhatian ketika melakukan kebajikan.
“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.
“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.
Pempengaruh yang juga usahawan itu ditemui ketika program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.
“Adakala bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Kadang-kadang, terjadi spontan kan. Tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, hormat cara saya.
Ads
“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.
Diaju soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata, jarang sekali dia menerima komen berbaur negatif.
“Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.
Ads
“Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan.
“InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” katanya yang turut memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit dan pengarah, Sheila Rusly sekali lagi menegaskan pihaknya tidak akan menyambung atau melakukan sequel drama terbitan syarikatnya iaitu Leftenan Zana meski mendapat reaksi baik penonton terhadap drama rantaian itu sebelum ini.
Bagaimanapun jelas Sheila kepada MH, dia masih lagi berminat untuk terus terokai drama yang mengangkat badan beruniform berkenaan dan mengakui sudah pun melakukan perbincangan dengan pihak berkaitan.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
“Ya…Leftenan Zana tidak akan disambung. Saya akan buat sebuah lagi drama rantaian yang bercorak sedemikian InsyaAllah. Cuma ia masih dalam perbincangan dengan pihak MINDEF dalam mencari genre yang bersesuaian.
“Kiranya kali ini kami bercadang untuk hasilkan drama yang boleh menyuntik semangat penonton.
“Kalau sebelum ini mereka yang dahulunya sudah sertai kadet dan kemudian mahu jadi apa pula. Kiranya akan beri motivasi kepada mereka untuk pergi ke tahap seterusnya,” kongsi Sheila.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Ditanya mengapa pula tidak mengangkat Leftenan Zana sebagai sebuah naskhah filem pula, ibu kepada dua cahaya mata ini punyai pendirian tersendiri.
“Kalau saya mahu angkat Lefetenan Zana ke filem, saya tidak boleh hasilkan kisah mengenai kadet lagi sebab kisahnya sudah habis di situ. Fasa tersebut sudah selesai. Jadi kena pergi ke peringkat yang seterusnya.
“Untuk ke peringkat seterusnya itu, saya kena lakukan drama terlebih dulu. Yang pasti bukanlah kisah Tentera Udara sebab kita sudah ada Paskal. Jadi biarlah saya fokus kepada Tentera Darat,” akhirinya.
Penyanyi, Hael Husaini mengimbau saat awal pembabitannya dalam misi menempa nama sebagai seorang penyanyi terkenal dalam industri hiburan tanah air.
Menurut penyanyi yang sinonim dengan lagu Jampi ini, dia akui perjalanannya sebagai penyanyi tidak berjalan dalam satu proses yang mudah.
Sebaliknya, Hael terapkan dalam diri agar tidak mudah berputus asa selama 16 tahun ini dalam usaha untuk capai sukses di dalam kerjaya yang diceburinya kini.
“Jangan pernah berputus asa dan saya tidak pernah berputus asa dengan apa yang saya lakukan sehingga sekarang. Itulah yang memberi saya laluan perjalanan untuk lebih berjaya.
“Kalau anda berputus asa maknanya anda tiada jiwa, kena kuatkan semangat,” katanya memberi inspirasi.
Malah jelasnya, andai bimbang berdepan cabaran, lebih baik untuk tidak lakukannya sedari awal.
“Saya berpendapat ia sama sahaja dengan konsep berniaga kalau anda cepat berputus asa. Kalau anda ada rasa takut lebih baik jangan buat.
“Apabila anda ingin melakukan sesuatu perkara tolong kuatkan semangat walau apa pun yang terjadi,” katanya lagi.
Hael berkata demikian ketika diundang sebagai tetamu jemputan di Carta Suria Top 40, di stesen radio Suria FM pada Sabtu.
Foto: Instagram Hael Husaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama bersiri, Cukup Derita Itu yang sedang disiarkan di slot Samarinda TV3 terpaksa dihentikan tayangannya, berikutan baki penggambaran 20 episod tidak sempat disiapkan sepenuhnya.
Perkara itu berlaku ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa sejak 1 Jun lalu.
Menerusi Instagram, pelakon utamanya, Ruhainies ada menerangkan serba ringkas mengenai perkara berkaitan.
“Terima Kasih kepada semua yang setia menonton #cukupderitaitu dari episode 1-20. Maaf kerana drama ini terpaksa ditangguhkan kerana pkp.
“InsyaAllah bila kami semua dah dibenarkan shooting, pihak @tv3malaysia akan announce tarikh tayangan sambungan episode 21-40 ok?
“Be sure to stay tune and always support us!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memahami akan situasi yang berlaku.
Drama bersiri arahan Along Kamaludin itu mencipta fenomena tersendiri dan turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Jasmin Hamid, Didie Alias, Lia Natalia dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!