Pempengaruh media sosial, Putrabell atau nama sebenarnya, Herrie Shaputra Azizan menerusi FestStar Influencer Entertaiment menganjurkan FestStar FoodFest bertemakan ‘Menikmati Rasa, Merayakan Gaya Hidup’, Disember ini.
Ia bukan sahaja menampilkan gerai makanan daripada peniaga tempatan serta antarabangsa, tetapi turut dimeriahkan dengan persembahan artis, demonstrasi masakan oleh chef selebriti dan aktiviti interaktif bersama pempengaruh popular.
Antara barisan penyanyi yang bakal membuat persembahan ialah Noraniza Idris, Talia Mentor, Damia, XPDC Kita Peng Yu, Kembara Live dan Kristal.
Lebih menarik, kehadiran pempengaruh media sosial seperti Emy Cha Cha, Han Budak Cina, Puan Tina, Adila, Gemor Jalan, Mirul Maneh, Kak Reptor dan Paah Rabbit yang dijangka akan hadir pasti akan meriuhkan perjalanan acara.
Menurut Puterabell, pihaknya sentiasa memastikan acara yang dianjurkan membawa konsep segar dan kreatif.
Acara ini mempunyai objektif seperti mempromosikan keunikan makanan tempatan, di samping memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dengan jayanya.
Ads
“Pihak kami sentiasa cuba membawakan konsep mengikut trend terkini supaya pengunjung yang hadir seronok berkunjung ke acara yang kami lakukan.
“Penganjuran festival kali ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan keunikan kulinari tempatan, ia juga mampu membantu PKS untuk berkembang.
“Acara yang dianjurkan ini juga mempunyai matlamat untuk mencipta sebuah acara menyeronokkan yang mampu memberi impak positif kepada komuniti, industri dan budaya,” katanya.
Ads
FestStar FoodFest dijangka akan berlangsung pada 25 hingga 31 Disember bermula jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengag malam di TF Mart, Taiping, Perak.
“Dengan pengalaman luas dalam menganjurkan pelbagai jenis acara sebelum ini, saya yakin festival kali ini akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para pengunjung.
Ads
“Mereka bukan sahaja boleh makan tapi terdapat pelbagai aktiviti serta konsert yang akan dijalankan” katanya.
Sementara itu, pastinya aktiviti-aktiviti seperti paintball, soopa doopa, neon light, electronic beam dan fun-run dijangka akan menjadi tumpuan ketika acara itu dilangsungkan.
Lebih mengujakan apabila terdapat juga program ketuk-ketuk, mini zoo, night of fright, pesta kopi, pameran kerjaya dan konsert yang pasti buatkan pengunjung teruja untuk hadir memeriahkan acara.
Penyertaan para peniaga yang berminat untuk sertai acara ini turut dialu-alukan, bersama-sama menjana rezeki dengan menambah pendapatan sempena hujung tahun ini.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz positif dengan menyeru para pengikutnya di media sosial untuk cuba berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebanyak 1,000 kali sehari.
Aliff atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Aziz, 33, tidak menafikan cukup besar ganjarannya kepada individu yang mengamalkan selawat.
“Jom sama-sama kita cuba amal selawat yang sangat ringkas tapi besar fadilat ini 1,000 kali setiap hari selamat 40 hari tanpa putus.
“Azam semoga Allah izin kita amal sampai hari kita dijemput kembali kepada-Nya,” kongsinya menerusi satau hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Stories, pada Jumaat.
Bintang yang popular menerusi lagu Sayang Sayang ini juga turut menyifatkan tiada salahhnya untuk kita sama-sama menyebarkan kebaikan.
“Jangan rasa perlu tunggu jadi orang baik untuk sebarkan kebaikan. Dengan sebarkan kebaikan kita minta Allah jadikan kita semua orang baik,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter pada Khamis, seorang individu yang menggunakan akaun @amerhadiazmi memuat naik hantaran yang memaparkan kenderaan dipercayai milik pengarah dan pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang yang didakwa telah disimbah asid dan cat merah.
Menerusi insiden sama, turut dikongsikan ialahbeberapa keping nota ugutan bunuh yang sekaligus tular di media sosial.
Paint and acid thrown on Mentega Terbang director and actor's cars by assailants who also left death threats against them and family. pic.twitter.com/dvK0y4hWvf
“Paint and acid thrown on Mentega Terbang director and actor’s cars by assailants who also left death threats against them and family,” tulisnya pada ciapan terbabit.
Perkongsian tersebut sekali gus mendapat respon daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mengecam tindakan tersebut.
Saya kecam sekeras2nya ugutan2 ini serta sebarang tindakan di luar batas undang2.
Rakyat Malaysia mesti patuh undang2, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa.
“Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan-ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.
“Rakyat Malaysia mesti patuh undang-undang, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa.
‘Ikut undang-undang, jangan ambil tindakan sendiri,” tegas beliau.
Malah pelbagai reaksi turut dikongsi wargamaya susulan insiden yang berlaku.
Terdahulu pada awal bulan ini, tular di media sosial mengenai naskhah berkenaan yang didakwa mempromosikan pluralisme kerana terdapat unsur-unsur bertentangan dengan agama Islam sehingga mencetuskan perdebatan hebat ramai pihak.
Difahamkan pihak produksi dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memaklumkan bahawa platform penstriman Viu telah menghentikan tayangan filem tersebut pada 27 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadya Syahera tidak menafikan ada orang ketiga yang pernah cuba untuk mendekati keharmonian rumah tangganya bersama usahawan Fizul Nawi sebelum ini.
Nadya, 29, berkata cubaan tersebut kemungkinan berlaku disebabkan ada wanita tertarik dengan kesenangan hidup suaminya.
Bagaimanapun, Nadya kembali bertanya adakah wanita tersebut mampu untuk menjalani kehidupan bersama suaminya untuk tempoh yang lama.
“Sebelum ini saya ambil tahu dan dapat tahu ada juga (cubaan mendekati suami) mereka nampak daripada segi material kot saya rasa.
“Tapi kalau kau ada dalam tempat aku, kau sanggup tak ‘duduk’ seperti aku. Aku dah lapan tahun tau, kau baru nak masuk duduk tiga atau empat bulan, better tak payah dik.
“Lupakan nak ambil laki kakak… ha macam itu. Kalau kau sanggup bertahan macam kakak, I bet you potong jari, pergilah. Ambillah,” kata Nadya ketika ditemui ketika majlis pelancaran produk Nano Comestic, baru-baru ini.
Pada acara sama, Nadya turut diperkenalkan sebagai duta jenama berkenaan yang berlangsung di Magica Suite, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Nadya memilih untuk bersikap rasional dan tidak menafikan sekiranya ujian tersebut berlaku, dia berserah.
“Saya daripada dahulu berpegang kepada satu perkara iaitu kalau saya rasa boleh meneruskan, saya akan teruskan. Begitu juga sebaliknya. Tak kisahlah apa sahaja yang orang bercakap mengenainya, yang berada di dalam ‘kasut’ itu ialah kita.
“Jadi kita yang lebih tahu pasangan kita bagaimana dan kita yang perlu rasa yakin untuk diri sendiri sama ada mampu (untuk teruskan perkahwinan) atau tidak. Macam saya, sekali rasa boleh hadap, saya hadap.
“Akan tetapi saya percaya Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam keadaan yang terlalu teruk. Suatu hari insya-Allah Dia akan tarik kita ke jalan yang lebih baik. Jadi apa yang telah berlaku di dalam rumah tangga saya sama ada yang baik atau tidak, itu adalah kehendakNya.
“Kalau ada rezeki hubungan kami hingga ke syurga, saya bersyukur. Kalau tergantung di pertengahan jalan saya tak boleh nak melawan takdir. Apa pun di dalam rumah tangga ini, bagi saya kena perlu banyak berkomunikasi dan ada tolak ansur,” katanya lagi.
Untuk rekod Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Aleena Rose, Mohamad Dayyan dan Muhammad Barr Adam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.