Influenstar Asia Dot Com iaitu sebuah platform digital GIG untuk pempengaruh tempatan baru di bawah pengurusan Jemz Group International Sdn Bhd (JEMZ GROUP), telah dilancarkan secara rasmi.
Platform ini bertujuan untuk menyokong industri GIG negara melalui segmen pempengaruh dengan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pempengaruh, terutamanya yang bergerak secara individu.
Selain itu, Influenstar Asia Dot Com turut menawarkan latihan kepada golongan muda yang berminat untuk menjadi pempengaruh dengan modul latihan yang direka khas mengikut aliran terkini dan dilatih sendiri oleh pempengaruh yang berpengalaman dalam bidang kandungan kreatif.
Platform ini juga turut menyediakan sokongan kecemerlangan pengurusan termasuk penyediaan kontrak untuk melindungi hak dan kepentingan pempengaruh, pembangunan kempen pemasaran dan kandungan kreatif.
Ini bertujuan bagi membantu pempengaruh meningkatkan kemahiran mereka menjadi pempengaruh yang lebih bertanggungjawab dan memastikan kandungan yang dihasilkan adalah benar serta beretika agar dapat membina kepercayaan yang berkekalan dengan pengikut dan pelanggan.
Ads
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Influenstar Asia Dot Com turut memperkenalkan JAZMINE, pempengaruh Maya pertama di Malaysia hasil kerjasama dengan Warnakala Studios, pemilik harta intelek (IP) Didi & Friends dan Makania.
JAZMINE juga turut melancarkan single debut dan video muziknya yang berjudul “In The Zone”, yang digubah oleh JD Wong dari kumpulan rock Pop Shuvit.
Ads
JAZMINE adalah pempengaruh era digital yang bukan sahaja berfungsi sebagai pempengaruh maya tetapi juga sebagai penentu arah aliran industri selaras dengan motto Influenstar Asia Dot Com iaitu Let’s influence the future!
Dengan sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI), JAZMINE direka untuk mentakrifkan semula cara jenama dan khalayak berinteraksi seperti membuat ulasan produk, perkhidmatan dan acara dalam sfera digital.
Sebagai salah satu pempengaruh di bawah Influenstar Asia Dot Com, JAZMINE akan memimpin kempen inovatif dengan mencipta kandungan yang relevan untuk generasi digital.
Ads
Pelancaran acara berkenaan disempurnakan oleh YBhg. Puan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi, Social and Economic Research Initiative (SERI), dan disaksikan oleh Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim, Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Puan Sivamalar Genapathy, Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 dan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, Puan Farahida Dato’ Sri Fauzi.
Hadir sama ialah Pengerusi JEMZ GROUP, Encik Jemizan Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif JEMZ GROUP dan pengasas Influenstar Asia Dot Com serta Puan Nadia Janu selaku Ketua Pegawai Eksekutif Influenstar Asia Dot Com dan Encik Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif dari Warnakala Studios.
Majlis pelancaran yang turut dihadiri hampir 130 tetamu termasuk pempengaruh dari pelbagai segmen di bawah pengurusan Influenstar Asia Dot Com seperti Nazrief Nazri, CEO Batu, Elle Fara, Kak Dya, Baggio Damasutra dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan penyampai radio, Nabil Ahmad dilihat berkongsi rezeki bersama rakan-rakan sekerjanya ketika singgah di sebuah cafe popular.
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram rasmi ERA, Nabil yang bersama pasukan stesen radio terbabit di dalam perjalanan ke Kedah bersempena dengan program TouERA 2022.
Pelakon senior, ibu Fauziah Nawi mengimbau kembali teks pesanan mesej bersama arwah anaknya, Pitt Hanif dan menyatakan kebanggaan terhadap anaknya yang sentiasa bersabar dengan dugaan yang diterima.
Malah jelas pelakon Mencari Rahmat ini, dia menyatakan anaknya telah memberi bayangan bahawa filem Coast Guard merupakan filem terakhirnya.
“121 hari tanpa mu hai buah hati ku. Moga segalanya dalam Ehsan Allah. Bila mama scroll balik semua teks akhir Pitt mama amat terasa pedihnya.
“Mama bangga Pitt bersabar dgn segala yg terjadi dan hanya bertanya Kenapa ya mama? Mama tau betapa Pitt keletihan dan terluka.
“Patutlah you kept saying #COASTGUARD could be my last movie mama. You wanted to be out of the industry that you love dearly. Allah dengar jerit suara hati Pitt.
“Assalamualaikum mama..just got up for my maghrib prayer was your exact last text to me. Till we meet again buah hati. Missing you endlessly,” tulisnya.
Terdahulu, mayat Pitt yang dikhuatiri lemas di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis pada jam 11 pagi kelmarin, ditemui pasukan penyelamat pada jam 4.25 petang, 26 Oktober 2019.
Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.
Foto : Instagram Fauziah Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sinonim dengan personaliti yang sempoi dan bersahaja, pemilihan penyanyi dan hos, Elly Mazlein sebagai Presiden Netizen dalam saingan minggu keempat Big Stage 2020 malam tadi nyata mendapat pujian penonton.
Mewakili suara orang ramai di laman sosial untuk berkongsi apa sahaja hal berkaitan Big Stage 2020 elemen humor dan spontan yang diterap penyanyi Merry Go Round ini cukup menghiburkan.
Malah, rata-rata peminat turut memuji penyanyi yang mesra disapa Kak Lina itu selain turut meminta agar dirinya terus diundang sebagai Presiden Netizen minggu seterusnya.
Sementara itu, Elly pada sidang media sejurus selesai konsert mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro atas kepercayaan selain mengakui, sebagai penyanyi senior, dia sekurang-kurangnya tahu membezakan sesebuah nyanyian.
“Saya enjoy… Memang suara saya tidak berapa bagus sangat, tetapi saya ada telinga.
“Saya tahu mana yang okay dan sebaliknya,” katanya.
Terdahulu, anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah diumumkan sebagai peserta ketiga yang tersingkir di dalam program nyayian realiti dengan markah terkumpul sebanyak 62 peratus.
Juara Big Stage musim ini akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!