Memuat naik artikel memaparkan dirinya berbaju kuning sambil memegang sekotak susu, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam menjelaskan dia pernah bekerja sebagai penghantar susu 19 tahun lalu.
Tulisnya menerusi Instagram, kerjaya ini sangat mencabar kerana seawal jam 5.00 pagi, dia perlu menggantung susu di pagar pelanggan.
Malah lebih suspen, dia pernah ditahan rukun tetangga kerana dituduh ingin merompak.
“Ni article 2010. Aku penah keje jadi penghantar susu ?serius mencabar okay keje ni! Setiap hari pukul 5pagi aku kene pegi gantung susu dekat gate rumah customer.
“Banyak kali aku kene sergah dengan anjing tuan rumah, pastu penah kena tahan dengan abang2 rukun tetangga sbb diorang ingat aku nak merompak!
“Penah kena saman sbb 5 pagi kan xde orang, aku uturn je la tempat yg salah sekali tetiba je mr polis sampai. Mmg cekap betul dia buat keje.
“Apepon aku besyukur sbb ade pengalaman hidup mcm ni, boleh la jugak buat cerita kat anak2 bila dah ade anak nanti,” tulisnya.
Terharu dengan kesungguhan pelakon ini mencari rezeki, netizen terus mendoakan agar urusan pelakon ini dipermudahkan, lebih-lebih lagi dalam soal cahaya mata.
Izzue dilihat turut membalas komen yang ditinggalkan netizen.
Memang manis bila kenangkan kembali zaman bersusah payah dahulu kan?
Foto : Instagram Izzue Islam