Sedang sarat hamil 6 bulan, pelawak dan pelakon, Ain Sufia berkongsi detik-detik cemas apabila mengalami pendarahan saat membuat pemeriksaan rutin kehamilan.

Ulas Ain, pada mulanya hanya sedikit darah yang keluar, namun dia mula tidak keruan apabila lelehan mula membasahi lantai.

Benda buat mader nebesss masa buat check up hari ni.

“Doc pun nebes. Harap tak da lah apa2 yg membahayakan. Mula2 relax jee. Ingatkan darah sikit je tapi bila dah meleleh sampai ke lantai terus lah menggelabah tak tentu arah, nak nangis.

IKLAN

“Depan nurse, doc buat muka tenang lagi. Keluar terus call Umi pastu terus nangis.

“Ahhahahahhaha cengeng kau maderr! .

IKLAN

Haduiiii doakan mader ngn baby sehat n takda apa2 yg serius keh!” kongsinya di Instagram.

IKLAN

Ain selamat bergelar isteri kepada kakitangan kerajaan, Mohd Nor Ab Mutalib, 33, pada 2 Februari lalu.

Sebelum ini, Ain yang merupakan anggota kumpulan Awok pernah menyertai program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak pada 2014 dan Projek Komedi Warna pada 2015.

Foto : Instagram Ain Sufia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI