Pelakon Datin Almy Nadia ada berkongsi gelagat dan ragam anaknya, Arianna dan Aurora yang telah memulakan sesi persekolahan sejak minggu lalu.
Kongsi Almy, telah berlaku insiden anak perempuan sulungnya iaitu Arianna yang menangis untuk tidak mahu pergi ke sekolah.
Malah, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu turut berkongsi momen kejadian tersebut menenusi akaun Instagram miliknya.
“Sesi drama air mata.. Hampa p tgk pic sebelah sebalah pic last skali jugak paling cool
Minggu ke -2 kakak buat hal
Minggu pertama kakak adik steady
“Yg mama over risaukan si adik
Abaikan si kakak sbb igt kakak besar leh jaga diri x nagis bagai Tapi mama salah yer
“Si kakak lagi teruk perangainya
Nagis,nagis dlm kelas, nagis sblm g sek, nagis,muntah,moody,dlm sek nagis alasan takut adik hilang Si adik cool,steady
“Rapatnya adik beradik ni mama harap sampai ke akhir hayat la korang still bff
Tapi mama takleh brain awat kakak dok nagis nagis nak mama nak mama
“Kat rumah semua org dia sakat ngan mama suka buat mama naik hantu anak ohh anak … @fizzfairuzofficial @badrulhanapi22 @zurinafanizan @ahmadfanizan @idanua @eiramahierah @areshuzura @ozyazeya,” tulisnya panjang lebar.
Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Foto: Instagram Almy Nadia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI