Untuk mendidik dan menjaga anak yang memiliki penyakit Autism bukanlah satu perkara yang mudah dan senang.
Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada berkongsi satu video di akaun Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut telah memaparkan anaknya Azil diserang simptom tentrum yang amat teruk.
“azil tentrum pagi ni dah duakali ke kedai dia ngamok lagi ..doakan anak saya ya”tulisnya.
View this post on Instagramdah duakali ke kedai dia ngamok lagi ..doakan anak saya ya 😢💕💖
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang kurang senang melihat rakaman video tersebut dan memberikan komen yang berbaur negatif kepada pelakon yang berusia 45 tahun itu.
Rata-rata peminat berasa marah dengan komen tersebut dan merasakan kata-kata individu itu seperti agak keterlaluan.
Bukan mudah untuk mendidik dan menjaga anak yang mengalami penyakit Autism. Janganlah sesekali kita berkata perkara yang tidak baik.
Video : Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Intro Lenggok Syair, Abang Tunggang Yamaha RXZ,” – Hampir Tiada Komen Negatif Buat MV Baru, Ini Kata Yuna
Beberapa hari lalu seperti yang dijanjikan, penyanyi Yuna akhirnya melancarkan single terkininya, Forevermore lengkap bersama muzik videonya.
Telah pun berapa pada kedudukan antara muzik video paling trending di Malaysia, Forevermore nyata memberi signifikan tersendiri buat pencinta muzik tempatan khususnya.
Menampilkan beberapa elemen Malaysia, Yuna mempersembahkan sebuah naskhah terbaik buat peminatnya seluruh dunia dengan memperkenalkan budaya Malaysia menerusi muzik video single terkininya itu.
Diarahkan suami sendiri, Adam Sinclair, Yuna turut mengakui ia sebuah muzik video istimewa buat peminat setelah sekian lama tidak muncul dengan produk terbaru.
“Kami lakukan penggambaran muzik video sekitar November tahun lalu. Suami saya yang arahkannya. Malah ketika selesai sesi rakaman pun, saya ada kongsikan lagu tersebut kepada dia.
“Saya ada beritahunya bila dengar lagu tersebut saya bayangkan sawah padi. Tak tahu kenapa. Jadi kami berkongsikan idea untuk hasilkan muzik video tersebut,” kata Yuna kepada MH.
Ditanya mengenai dari mana datangnya inspirasi terhadap lagu berkenaan, penyanyi ini memberitahu ketika dia menulis lagi itu, dia teringatkan negara sendiri.
“Jujurnya bila saya tulis lagu ini, saya terbayangkan kampung halaman. Rasa nak balik Malaysia sebabnya ketika saya tengah hasilkan Forevermore sekitar pertengahan tahun lalu ketika negara sedang dalam mood pilihan raya.
“Jadi saya mahu menulis lagu berkenaan dengan perpaduan ada elemen patriotik sikit dan semuanya boleh kaitkan dengan diri, misalnya cuba buat yang terbaik di dalam apa sahaja yang kita lakukan. Harap kalian sukakannya,” katanya lagi.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen di YouTube terhadap muzik video berkenaan, rata-rata peminat dari dalam dan luar negara memberi respon positif.
Forevermore bakal diselitkan di dalam album keempatnya yang bakal dilancarkan tahun ini juga.
Foto: Instagram, YouTube Yuna
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Ultraman Decker & Trigger Nak Cuba Nasi Lemak, Tak Sangka Sambutan Luar Biasa Di Malaysia!
Diterbangkan khas daripada Jepun, kemunculan tiga pelakon siri adiwira popular dunia, Ultraman iaitu Hiroki Matsumoto, Raiga Terasaka dan Yura Murayama nyata mendapat sambutan luar biasa daripada peminat Malaysia.
Kira-kira hampir 1,000 peminat membanjiri Atrium Lalaport, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Ahad untuk bertemu secara empat mata dengan Hiroki yang pernah membintangi siri Ultraman Decker bersama rakan pelakonnya, Yura sebagai Ichika Kirino. Manakala, Raiga pula muncul sebagai Ultraman Trigger.
Ketika sesi temu bual, Hiroki akui tidak menyangkan bahawa kedatangan mereka bakal disambut dengan meriah oleh peminat Malaysia.
“Terima kasih kerana menyokong kami terutamanya siri Ultraman sejak dari dahulu sampai sekarang. Saya tahu sudah banyak karekter Ultraman disiarkan, tetapi tetap menerima sambutan baik daripada penonton di sini.
“Saya sangat bangga dan berbesar hati menjadi salah seorang pemegang watak Ultraman sebagai Ultraman Decker. Ramai juga peminat Decker di sini. Saya harap semua orang gembira dan terhibur hari ini,” katanya kepada MH.
Sementara itu, ada juga peminat Malaysia yang hadir menyarankan mereka bertiga untuk mencuba keenakan nasi lemak dan ia juga disambut baik oleh bintang siri adiwira popular dari negara ‘matahari terbit’ itu.
Hiroki yang mewakili Yura dan Raiga memaklumkan sedia mencuba hidangan nasi lemak sekiranya berkesempatan kerana yakin ia antara makanan Malaysia yang lazat.
Turut hadir Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana dan Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa Tsubaraya Productions, Kei Minamitani.
Sementara itu, para peminat tegar
Ultaraman juga boleh hadir ke Lalaport, Bukit Bintang City Centre bagi menyaksikan pameran Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar yang berlangsung pada 10 Jun hingga 2 Julai 2023 bermul jam pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Saksikan juga siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar yang akan ditayangkan pada hari yang sama dengan Jepun, pada setiap hari Sabtu, mulai 8 Julai 2023 ini, jam 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611).
Para penonton turut boleh menyaksikan siri ini secara fleksibel melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO serta ulangan pada setiap hari Isnin, jam 4.00 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sarah Rupanya Pernah Menangis Kerana Tak Dapat Isi Masa Dengan Anak-Anak – “Minta Maaf Kalau Selama Ini Ibu Sibuk Dengan Kerja.”
Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin mengakui ada kalanya berasa sedih kerana tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama anaknya.
Jelas Sarah, perkara ini sering terjadi oleh kerana dirinya terlalu sibuk dengan tugas kerjayanya sebagai seorang anak seni serta usahawan yang berjaya.
Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kesetiaan ini tetap mencari masa untuk meluangkan masa bersama anaknya agar mereka tidak berasa berjauhan dan tersisih dengannya.
“Tanpa ibu dan ayah takkan kemana lah kita, kejayaan seseorang itu adalah berkat doa dari mereka. Ingat, hanya kasih sayang dan doa yang dipinta. Semoga anak-anak ibu sentiasa dilindungi olehNya.
“Macam mana Sarah busy dengan kerjaya dan bisnes, Sarah akan tetap cuba curi masa untuk habiskan waktu dengan anak-anak sebab tak nak mereka rasa jauh dengan ibu.
“Ada satu hari tu Sarah menangis bila tak dapat nak luangkan masa dengan anak-anak. Habis kerja lewat malam, balik je anak-anak dah tidur.
“Tapi inilah orang cakap pengorbanan untuk pastikan anak-anak Sarah hidup selesa di masa depan.
“Ibu minta maaf kalau selama ini ibu sibuk dengan kerja. Insha-Allah ibu akan cuba curi masa yang ada untuk bersama kalian semua. Ibu sayang anak-anak ibu,” tulisnya panjang lebar.
Sekadar informasi, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Siti Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI