Sejak hampir setiap hari mendengar khabar berita insan telah meninggal dunia secara mengejut, penyanyi dan usahawan Linda Rafar meluahkan rasa takut serta bimbang andai dirinya turut melalui hal sama.

Malah menurut Linda, perkara sedemikian tidak mustahil boleh berlaku dalam hidupnya serta sesiapa sahaja atas hendakNya.

Ingat Kematian, Linda Rafar Insafi Diri – “Cuba Buat Selagi Bernyawa. Solat Awal Waktu, Zikir, Sedekah Tapi…” Ingat Kematian, Linda Rafar Insafi Diri – “Cuba Buat Selagi Bernyawa. Solat Awal Waktu, Zikir, Sedekah Tapi…”

“Tiba2 after subuh borak panjang dgn datin @ameliahassanfd tentang kematian. Setiap hari dengar sorang2 meninggal mengejut tanpa signal drp Allah.

‘Ya allah rasa takut sgt perasaan pagi ni…takut sibuk kerja dunia tiba2 dah Di ambik allah tanpa sedar, ini tidak mustahil..,” tulisnya.

Ingat Kematian, Linda Rafar Insafi Diri – “Cuba Buat Selagi Bernyawa. Solat Awal Waktu, Zikir, Sedekah Tapi…” Ingat Kematian, Linda Rafar Insafi Diri – “Cuba Buat Selagi Bernyawa. Solat Awal Waktu, Zikir, Sedekah Tapi…”

Muhasabah dari segala khilaf yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar berazam mahu tingkatkan amalan kepada Allah SWT.

Ads

Pada masa sama, Linda memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk memperbaiki amalan ibadat misalnya mengerjakan solat di awal waktu, berzikir dan bersedekah selain mendoakan kebaikan buat semua.

“Linda cuba buat yg terbaik selagi masih bernyawa, solat awal waktu, zikir, Sedekah tp masih rasa x cukup dgn dosa2 yg ada selama ni.

“Moga allah swt ampunkan segala dosa2 lindac family n semua umat Muhammad sa yg melihat posting ini.

“Moga kita Di ambil oleh Allah tanpa dosa Di badan kita yg Di bawa. Jom kita Sedekah Al-Fatihah utk diri kita. Allahuakbar,” tulisnya lagi.

Ads

 

Meninjau di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen mendoakan agar penyanyi berusia 43 tahun ini kekal istiqamah melakukan kebaikan.

“Insyaallah linda yakin dengan Allah .. buat sebaik2nya .. Apa yang terjadi ni positif saja.. Allah sedang bagi amaran keras ..Allah sedang talbiah kan kita sekarang ni,” tulis seorang netizen.

“Al Fatihah..Mohon ampun segala dosa kita dgn taubatan nasuhah..tiada dosa yg tidak akn diampunkan Allah melaikan dosa syirik dgn Nya,” tulis lagi seorang warganet yang lain.

Ads

“Allah suka hambanya yg ingat akn kematian kak..,” puji seorang netizen.

Untuk informasi, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Ingat Kematian, Linda Rafar Insafi Diri – “Cuba Buat Selagi Bernyawa. Solat Awal Waktu, Zikir, Sedekah Tapi…”

Foto: Instagram Linda Rafar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI