Pelakon, Fizo Omar bersyukur dengan aturan yang telah disusun Allah SWT apabila bakal dikurniakan cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, ini merupakan kali kedua isterinya, Fazeera Nazri Azrai bakal melahirkan zuriat ketika semua pihak sedang sakan menyambut hari raya.
View this post on Instagram
“Tema raya ‘sarat mengandung’. Raya tahun lepas (2022) tengah sarat mengandung Khaleeda dan tahun ni (2023) pun tengah sarat. Dah masuk 37 minggu dah. Jadi, kiranya bila-bila masa dari sekarang.
“Alhamdulillah rezeki tak diduga dari Allah buat Abe Joe dan Faz. Sudah tentu Cik Yam yang paling happy dapat satu tahun dua adik,” tulisnya.
Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Romeo Kota itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Fizo amat menghargai semangat yang ditunjukkan oleh isterinya yang gigih melakukan pelbagai perkara ketika sedang sarat hamil.
“Saya sangat menghargai pengorbanan kamu sayang sepanjang menjalani proses kehamilan. Awak seorang isteri dan ibu yang sangat hebat.
“Ketika tengah sarat mengandung, masih jaga Baby Khaleeda, tengah belajar untuk tahun akhir degree dan kerja lagi pada masa sama,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Fizo turut memohon jasa baik semua pihak untuk memanjatkan doa agar segala urusan isterinya saat melahirkan nanti dipermudahkan.
“Saya tahu ia bukan mudah tapi awak berjaya melakukannya. Syabas sayang. Doakan Faz dipermudahkan bersalin nanti.
“Nota kaki: tahun depan raya bulan berapa ek, nak timing siap-siap,” akhirinya.
Bagaimanapun, hantaran Fizo itu nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang merasakan dirinya seperti tidak memikirkan mengenai keadaan isteri yang harus mengandung lagi dalam jarak masa yang dekat.
“Setiap kali post, dia mesti akan berseloroh untuk produce anak lagi dan lagi sedangkan isteri tengah sarat dan busu dengan macam-macam. Seloroh pasal lain pula la Abang Joe. Kesian isteri. Macam tak cakna kepenatan dan keadaan dia dua tahun berturut melahirkan baby.
“Kesian bini. Tak sampai setahun dah beranak balik. Lelaki tahu nak sedap je. Ingat kilang buat anak ke rapat-rapat sangat. Bini senyap sebab nak jaga hati suami.
“Bagi la dia rehat Pak Joe oi. Letih ler.
“Semoga selamat melahirkan. Selepas ini rehat lama sikit ye,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam pada itu, ada juga sesetengah pihak yang merasakan Fizo dan isterinya berhak untuk perancangan keluarga mereka sendiri.
“Apalah nak dikecohkan. Rezeki Fizo dan isteri. Nak beranak setahun sorang pun tak jadi masalah kalau yang empunya diri dan suami reda. Diorang pun ada plan sendiri. Tak payah kita aturkan mereka. Lagipun, selagi tak memudaratkan, tak jadi masalah. Zaman mak ayah kita tu dulu sampai 15 orang anak pun boleh urus. Lagipun Fizo dan isteri mampu.
“Mak mentua saya ada 13 orang anak. Enam anak lahir rapat-rapat setahun sekali. Sekarang, mak mentua saya masih kuat lagi. Kalau suami main peranan jaga hati isteri, tolong jaga anak-anak dan tolong ringankan lerja di rumah, tiada salahnya pun. Itu namanya rezeki. Lagipun, yang hadap itu mereka. Kita tahu nak condemn orang je. Ikut kemampuan masing-masing.
“Setuju sangat. Kita nak atur hidup orang dah kenapa? Biarlah nak beranak setahun dua orang pun tak jadi masalah. Saya dulu pun beranak setahun seorang. Elok je Rahim sampai sekarang. Yang penting jaga pantang dan makan jamu untuk dalaman. Bertunku sampai habis pantang. Kita jaga diri kita dan jangan kita sibuk nak urus hidup orang lain. Kita pun belum tentu sempurna,” antara pandangan-pandangan yang disuarakan netizen.
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI